There's sumthing gonna be happened...

Thursday, September 17, 2009
Hmm..apa maksud tajuk entry kali ni?
Seperti ada 'sesuatu' yg ingin disampaikan di situ..
Apa-apa pun kita tunggu next month.
Takleh cerita sekarang..sebab benda belum jadi.

Kembali..

Tuesday, September 15, 2009
Assalamualaikum..

Bertemu kembali. Rasanya dah sebulan saya tak menulis dalam blog ni. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya lalui sepanjang sebulan ni.

Tahun ni sekali lagi saya menyambut Ramadhan al-Mubarak di kota metropolitan, Kuala Lumpur seperti tahun lepas atas tuntutan kerja. Walaubagaimanapun, puasa di mana2 pun sama sahaja. Kalau di Penang sambut Ramadhan dengan keluarga, di KL pun dengan keluarga juga..(saya tinggal dengan ibu saudara semasa di KL) Jadi tidaklah rasa keseorangan. Yang bestnya, tahun ni saya dapat pulang beraya lebih awal. Tak payah nak berpusu2 bersama2 umat manusia yang lain yang juga hendak pulang ke kampung. (Bleh plak balik awal ye? Hmm..Nape ek?)

Dan seperti tahun lepas juga saya memilih untuk pulang dengan keretapi. Kenapa? Entahlah..mungkin saya tak sukakan keadaan stesen bas (Puduraya) yang sentiasa ramai orang tu..(apatah lagi time musim perayaan, Hari Raya Puasa terutamanya) Begitu juga dengan pengurusan yang kurang sistematik..maklum la ramai..



Dan sekarang saya sudah selamat berada di Penang. Sebenarnya dah 2 hari kat kampung ni. Cuma agak malas nak update blog ni. Banyak benda nak diceritakan, cuma malas nak karang cerita..(malas lagi..apa nak jadi la..)

Lama tak online...

Saturday, August 15, 2009
Assalamualaikum..

Sudah seminggu saya tak online bermakna sudah seminggu jugalah saya tidak menjengah blog saya ini apatah lagi melawat blog2 rakan blogger yang lain...
Minggu lepas saya menghadiri temuduga di Kuala Lumpur dan saya mula training Khamis lepas. Isnin ni adalah hari terakhir training, kemudian baru confirm jawatan.
Nampaknya untuk sebulan ni saya akan jarang2 online kerana di rumah maklang saya takde line internet.
Ini bermakna saya akan jarang2lah update blog saya ni..
Tunggu balik Penang baru update. Saya update ni pun sebab saya ada kat Penang ni.
Hehee..balik kejap...
Huhuhu...tak tau nak tulis apa dah ni.. takde idea...

P/S: Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran saya sekiranya terkasar bahasa dalam penulisan blog saya ini..maaf dipinta.. Semoga kita sama2 memperbanyakkan amal ibadah untuk merebut ganjaran yang berganda2 di bulan mulia ini.

Hattchumm!!

Friday, August 7, 2009
Assalamualaikum..
Semalam saya menemani emak ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan mata. Mata mak jadi kabur tahap kritikal akibat penyakit kencing manis. Cermin mata yang emak pakai tu pun 'power'nya dah sampai tahap paling tinggi. Emak perlu datang semula ke Hospital BM tu pada 11/9 untuk rawatan lazer pada matanya.
Semasa sampai di hospital tu, saya terus ke Unit Rawatan pesakit luar memandangkan unit tersebut paling depan sekali untuk bertanya di mana Klinik Mata, tempat yang patut mak pergi untuk pemeriksaan mata. Masuk saja dalam unit tersebut kelihatan ramai pesakit luar datang untuk buat rawatan. Kebanyakannya memakai topeng hidung dan mulut. Apatah lagi kakitangan hospital, semuanya memakai topeng. Jadi gerun pulak saya. Saya yang tengah selsema ni selamba je tak pakai topeng. Kalau nurse2 kat situ tahu saya selsema time tu dah tentu kena marah. Hehehee... Akhirnya saya tutup jugak..tapi dengan kain tudung saya je la..segan pulak nak mintak topeng kat nurse situ..err..boleh ke??
Penangan H1N1 atau selsema babi ni, telah mengakibatkan beberapa buah sekolah di Daerah Kepala Batas ditutup sementara waktu. Patutlah masa saya lalu di beberapa buah sekolah di Kepala Batas Isnin lepas kebanyakannya tutup. Hairan jugak sebab sekarang ni bukannya musim cuti sekolah. Rupa2nya sebab H1N1...

Picisan??

Wednesday, August 5, 2009
Assalamualaikum..
Bertemu kembali..dah agak lama saya tak buka laman web iluvislam. Dan baru2 ni saya membaca satu thread forum yang bertajuk 'Gejala Blog Picisan'.
Erkk..apakah yang dimaksudkan dengan picisan? Apa yang dimaksudkan dengan picisan ialah tidak bermanfaat dan rendah kualiti.
Adakah blog saya ini juga dikategorikan sebagai picisan?? Hmm..macam2 pendapat yang diutarakan dalam forum tersebut.
Ada yang menyatakan blog picisan ni adalah blog yang tidak mendatangkan manfaat kepada pembacanya seperti menceritakan hal2 peribadi, yang tulis short form, bahasa rojak apatah lagi blog yang berunsurkan lucah sana sini..(yang ni bukan picisan lagi..memang haram baca dan tengok)
Ramai juga yang mempertikaikan tajuk forum dan mempertahankan blog yang menceritakan tentang diri sendiri (saya percaya banyak blog yang sebegini hatta blog saya sekalipun).
Bagi mereka kalau terasa ianya picisan, maka tak payah susah2kan diri untuk baca. Kerana sesebuah blog tu adalah hak pemilik blog tersebut.
Suka hati dia lah nak tulis apa pun..nak cerita pergi kedai beli karipap ke..naik basikal jatuh longkang ke..itukan blog dia..hak dia.. (Setuju2..)
Apa2 pun bagi saya, sekalipun sesebuah blog itu lebih menceritakan tentang diri penulisnya, ianya tak salah..sebab kadang2 menerusi penceritaannya kita boleh mendapat pengajaran di situ..orang kata bukan sekadar penceritaan kosong.
Cuma disarankan di sini elakkanlah daripada menceritakan yang buruk2 mengenai diri sendiri bimbang akan disalah anggap dan menimbulkan fitnah. Bukankah akan memudaratkan diri sendiri.. Tak pasal2 orang pandang rendah pada kita.
Bab 'copy and paste' tu saya akui blog saya pun banyak juga artikel yang di'copy and paste' seketul2 dari sumber yang lain. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi informasi2 yang saya baca dengan semua pelawat blog saya. Nak dihuraikan sendiri tentang sesuatu topik tu, saya akui saya kurang pandai..maklumlah masih kurang sangat ilmu di dada..masih perlukan banyak pembacaan...
Walaubagaimanapun..segala yang baik datangnya dari Allah jualah.. dan yang buruk tu adalah daripada kelemahan dan kedhaifan diri sendiri..cuma pandai2lah kita ambil mana yang baik dan tinggalkan mana2 yang tidak baik. Masing2 pandai menilai bukan??
Wallahua'lam..

Pulang dr Benta

-2 Ogos 2009-
Hari ini lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak pulang ke Penang.
Abgku dgn selambernya xguna GPS konon2nya dah ingat jln la tu..hasilnya ntah jln mana kami rodong..akhirnya, kena buka GPS jugaklaa...
Hehee..seperti yg dicadangkan oleh mak semasa perjalanan dtg ke Benta Jumaat lepas, maka kami pun singgah ke Cameron Highlands (setelah menempuh perjalanan yg jauh..)
Akhirnya..sy sampai jugak ke Cameron..mmg salah satu tempat yg nk pergi sgt2..
Tapi kami singgah sekejap je, beli sayur2an, xlupa strawberry n jalan2 sikit2 je..
Masa kami sampai tu dlm pukul 2 petang, suhu di situ dah xberapa sejuk, tp sekali angin dtg...rasanya mcm bila kita buka peti ais, n then suhu sejuk dia keluar kena kita..haa..mcm tu la rasanya.. sejukk..

Ececeh..gambar kaktus jugak yg sy ambil..

Nama ja bawa kamera, tp xguna pun..asyik2 guna kamera hp..huhu..so, apa sgtlah gambar yg diambil..
Harapan nak pergi ladang teh, tp oleh kerana singgah sekejap je maka xjadilah..
Masa dlm perjalanan keluar dr Cameron tu, nampaklah ladang teh..cepat2 'on'kan kamera hp utk ambil gambar..
Tapi xsempat.. ini je hasilnya..huhuhu...


Kami sampai di rumah tepat2 waktu Maghrib setelah singgah di kaw rehat Sg Perak utk solat n makan (makan mknn yg dimasak dr rumah adik..save budget hehee..)

Kesimpulannya..adik dpt tempat tinggal yg selesa tahap apartment, ada 3 bilik dlm 1 unit rumah..adik duduk di tingkat 4..kawasan kuarters mmg agk pedalaman disebabkan faktor muka bumi (mcm cikgu Geografi lak) yg terletak di kaw perbukitan..mmg penempatannya jarang2.. apa2 pun kalau ada kenderaan sendiri, rasanya xde masalah.. Jalannya pun elok n luas, tp agak jauh dr pekan. Adik sempat bawa kami ke pasar malam berdekatan tempat tinggalnya di Benta..not bad..mcm pasar mlm sini jugak..

Tour to Benta

Tuesday, August 4, 2009
-31 Julai 2009-
Hari ni saya, mak, ayah n abang sulungku bertolak ke Pahang utk melawat adik yg baru dpt posting keja kat sana.
Dari Penang kami melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Susur keluar Simpang Pulai seterusnya menempuh perjalanan yang panjang ke Gua Musang.
Perjalanan menuju ke Gua Musang tersebut melalui kawasan perbukitan kiri kanan dan jalan yang bengkang-bengkok. Tp jalannya elok n selekoh tak tajam bak kata abgku boleh 'corner baring' gitu..

Perjalanan ke Benta, Pahang berpandukan GPS..(abangku merasmikan hp baru..)

Haa..jalan ini juga melalui Cameron Highlands, lebih baik berbanding jalan dr Tapah yg corner baring n agak sempit tu..
Masa lalu kat Cameron Highlands tu, sy ngan mak jd excited tengok sayur2an yg ditanam di tepi2jalan, kebun2 bunga n strawberry..
Maka dgn itu mak pun berkata,"Nanti balik kita singgah na..." hehe..xrancang pun sebelum ni. Ye la..mana nak tau akan lalu cameron highland.
Perjalanan yg meletihkan kerana sgt jauh..ye lah..bila dh sampai Gua Musang (about 140km from Simpang Pulai) kena tempuh perjalanan sejauh about 120km lagi utk ke Kuala Lipis..Fuhh..Nasib baik Kuala Lipis ngan Benta dah xjauh..
Dalam perjalanan tu, apa yg sy lakukan cuma menikmati pemandangan, terlelap sebentar, makan2 n buat lawak bangang ngan abgku..

Saya : GPS ni, kalau kita tersalah jalan or xikut jalan yg dia tunjuk, apa jadi?
Abg : Nnt dia recalculate balik n tunjuk jalan alternative yg lain.
Saya : Ooo..ya ka.. ingatkan nnt dia kata, "Woi, salah jalan la!!"
Abg : Pala hotak hang
Saya : Hehehee...

Nak dijadikan cerita HP abgku kehabisan bateri, maka xboleh la berpandukan GPS lagi.. nasib baiklah dh dekat nak sampai..maka lepas tu pandai2lah kami..
Sesampai di sana, Kuarters Pendidikan Batu 13, Benta, adikku tersengih je menyambut ketibaan kami..
Kami sampai hampir pukul 6 petang (bertolak pukul 10 pg) setelah berhenti beberapa kali utk makan, solat, rehat, singgah beli buah2an di tepi jalan...hehee...
My bro's new XpressMusic. Touchscreen tuu.. jeles..jeles..

I'm Away...

Thursday, July 30, 2009
Assalamualaikum..
Esok saya akan ke Benta, Pahang utk melawat adik yg baru dapat posting kerja ke sana.
Hehee..kesian dia.. dapat posting ke tempat yg agak pedalaman..apa2 pun hopefully it'll give some good experiences for u, bro..
Okey..tour to Benta will be revealed for the next post..

Award lagii...


Assalamualaikum..
Sekali lagi blog ini menerima 'award'..
Tapi kali ni dari blog Strange Girl Stories
Terima kasih banyak2..kepada yg sudi meng'award...
Tahniah untuk diri sendiri..ececehh..

AICHA

Tuesday, July 28, 2009


Aicha - Outlandish

So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don't nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes

Aicha Aicha - passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha - my my my (is it really real)
Aicha Aicha - smile for me now
Aicha Aicha - in my life

She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears

She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo

Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moi

Relax Ur Mind

 

Browse