Study..study...

Thursday, October 29, 2009
Assalamualaikum...

Ohohohoo... Seperti yang saya sedia maklum, banyak benda yang saya tak tahu, tak familiar, tak update..huhuhu..tabah..kuatkan semangat..
Jangan putus asa dan jangan berhenti berusaha untuk mendalami ilmu. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala2nya... Amin..
Munirah..it's ok... First, you go slow..then you go through.. Insyaallah..everything gonna be fine...(kata2 semangat utk diri sendiri..huhuhu...)

Sifat Mazmumah

Wednesday, October 28, 2009
Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja...heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berharta tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMAH.
Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia maka buruklah padahnya.

Wallahualam..

Kala ini...

Tuesday, October 27, 2009
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dah dekat sebulan saya di UUM ni.
Kerja so far OK.. Tapi masih belum diberikan tugas hakiki.
Biasalah bidang IT ni sentiasa ada benda baru dan tak semua yang kita belajar dulu akan diaplikasikan semasa kerja ni. Maybe benda yang sama tapi lebih advance. Dan teknologi sentiasa berubah2 dan sentiasa update dengan benda baru. Sebab itulah pengalaman tu penting.
Apa2 pun saya masih belajar dan sentiasa belajar sebab banyak benda yang saya tak tahu sebenarnya dalam bidang ni. (Eden ponat bebeno membaconyo eh.. (^-^))
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya... Aminn..
Please my friend..support me...

Kisah saya (Part2)

Friday, October 23, 2009
Sepatutnya saya pulang beraya pada hari Sabtu, sehari sebelum Hari Raya Puasa. Tetapi oleh kerana saya resign kerja di KL seminggu sebelum raya, maka saya pulang awal. Nasib baik boleh minta tukar tarikh pada tiket keretapi tu (sekali saja la boleh tukar2 pun). Kalau tak, rugi ja..dah la time tu tengah pokai..huhuu..keje gaji plak tak dapat, sebab tak cukup sebulan..

Seminggu sebelum raya tu, di samping tolong2 mak buat kuih raya, saya pun sibuk jugak uruskan hal2 yang perlu dibuat sebelum melapor diri di UUM seperti medical check-up, akuan bersumpah dan sebagainya. Saya minta untuk lapor diri pada 1/10/2009 memandangkan dah dekat nak raya dan dah nak akhir bulan. So, senang sikit nak kira gaji ye tak? Hehehee...

Mulanya pening jugak bila memikirkan kat mana tempat tinggal saya di sana dan bagaimana saya akan ke tempat kerja. UUM bukan macam kat KL, senang naik public transport. Saya luahkan masalah ni pada mak. Mak pun dengan selambanya berkata, "Beli la kereta. Ambik duit balance Tabung Haji mak. Suruh ayah hang tambah sikit."
Aduhh..keberatan jugak untuk terima cadangan mak tu memandangkan saya ni dah banyak menghabiskan duit mak selama kerja tak menentu ni. Masa kerja kat KL yang tak sampai sebulan tu pun guna duit mak. Tahu2 sajalah kan kos sara hidup kat KL tu. Ambil lesen kereta tahun lepas pun guna duit mak. Huhuhuu..

Akhirnya saya terima juga cadangan mak tu..(nanti Kak bayar balik ansur2 ye mak..hehee..) Maka saya dan abang sulung pun mencari Kancil second hand yang berharga kurang dari RM10K di kedai2 kereta terpakai berdekatan. Dan akhirnya Kancil warna hijau gelap bernombor plate P-- ---- menjadi milik saya.

Fuhh...dapat lesen kereta dah setahun lebih..tapi jarang sekali drive. Semenjak kejadian langgar tiang letrik tempoh hari masa nak reverse kereta (kereta abang chik jadi mangsa...) terus saya tak berani drive kereta orang. Sekarang dah ada kereta sendiri, haa..drive la sampai lebam.. Tak ada sapa nak marah kalau kemek sana sini, kan? hehehee...

Baru 2-3 hari dapat kereta, saya terus drive ke Changloon, Kedah (ke rumah sewa sementara saya) Perjalanan hampir 140km dari rumah saya di Seberang Perai, Pulau Pinang. Saya menumpang sementara di rumah sewa kawan saya di Taman Teja, Changloon sebelum berpindah ke rumah sewa baru di taman perumahan yang berdekatan. Perjalanan dari Changloon ke UUM Sintok lebih kurang 10km. Jadi, tak ada masalah kalau ada kenderaan sendiri.

Kisah saya (Part1)

Assalamualaikum..

Bertemu kembali.. Syukur alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan masih diberi peluang dan idea untuk meng'update' blog ini. Bukannya tak ada masa, cuma tak ada mood aje...hehee..bila dah tinggal lama, lepas tu mulalah tak ada mood nak tulis balik..

Dalam tempoh masa blog yang tidak di'update' ini, macam2 dah berlaku pada saya, keluarga dan rakan2 rapat. Saya terutamanya pada akhir Ogos lepas telah mula bekerja di Kuala Lumpur di sebuah syarikat investment. Tapi tak sampai sebulan pun kerja di sana, suatu hari abang telefon saya memberitahu ada surat tawaran kerja dari UUM untuk saya. Apa lagi..meloncat2lah saya..(opss..nasib baik takde orang nampak..) Alhamdulillah...syukur ya Allah..akhirnya dapat jugak kerja tetap. Tak sangka pulak dapat sebab dah agak lama interview.

Hehee..itu cerita saya..Kisah orang lain pulak.. Adik saya telah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, gadis Kuala Nerang, Kedah. Sahabat saya, Yati telah selamat melahirkan baby boy yang sihat dan comel, Muhammad Aidil Muzaffar pada pertengahan Ramadhan lepas. Geram tengok mata dia. Bulat.. Hmm..senyap ja Yati sekarang ni. Sibuk jaga baby kot. Hehee...

Hmm..rakan2 yang lain pulak, semakin ramai yang telah dan akan menamatkan zaman bujang mereka. Alhamdulillah.. Yang menariknya ramai rakan2 SMKANTeers saya berkahwin sesama mereka. Bukan setakat 1-2 pasangan, tapi kalau tak silap saya dekat 10 pasangan kot. Bagus2..ianya sekaligus mengeratkan lagi ukhwah sesama perintis SMKANT.

Relax Ur Mind

 

Browse