Sujud dalam Solat.

Wednesday, November 24, 2010
Assalamualaikum...

Entry kali ini mengenai sujud dalam sembahyang. Nampaknya ramai yang tidak sujud dengan betul semasa dalam solat. Berikut adalah cara sujud dengan betul. Gambar tersebut saya ambil di sini


Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar.

Semoga selepas ini kita dapat memperbaiki ibadah solat kita. Peringatan untuk diri saya juga...

KELEBIHAN PUASA ARAFAH

Sunday, November 14, 2010
Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Cuti Bencana Cancelled

Tuesday, November 2, 2010
Assalamualaikum....

Hari ini cuti terpaksa cancel kerana jalan ke UUM sudah dibuka untuk lalu lintas dan selamat digunakan.. Dan jalan di hadapan taman perumahanku juga sudah sedikit surut agak-agak boleh lalu, juga di hadapan kilang papan yang menjadi laluan utamaku setiap hari untuk pergi kerja juga sudah surut. Maka hari ini saya datang bekerja seperti biasa walaupun sedikit lewat gara-gara baru dapat info bahawa jalan ke UUM telah dibuka. Pukul 9.34a.m. punch in tuuu... lewat satu setengah jam.

Alhamdulillah, cuaca hari ni agak memberangsangkan di mana hujan kembali reda siap ada panas sikit-sikit. Hmmm...tapi berapa kerat saja yang datang kerja hari ni gara-gara banjir yang belum surut terutama di kawasan Jitra dan Alor Setar. Dalam bilik programmer ni ada la 5-6 orang.. Sidang konvokesyen pada hari ini telah ditangguhkan kepada hari yg akan diberitahu kelak. Dah umum di tv, radio dan e-mel universiti awal pagi tadi. Kesian pada graduan dan waris mereka yang menggagahkan diri datang walaupun sedia maklum kawasan sekitar UUM dilanda banjir dan banyak jalan ditutup. Ada yang sanggup meredah jalan alternatif yang lebih jauh. Dugaan...

Walaubagaimanapun syukur kerana cuaca baik hari ini. Walaupun ada ura-ura menyatakan hujan lebat akan turun lagi, namun ianya amat berharga bila hujan berhenti walaupun untuk sehari... Namun apa yang dikhuatiri apabila air empangan dilepaskan, maka akan banjirlah seluruh changlun dan kawasan-kawasan berhampiran. Wallahua'lam...

Changlun Banjir...


Changlun, 9.51 malam…..

Assalamualaikum… bertemu kembali…

Keadaan di utara Kedah sekarang hujan masih turun cuma bezanya lebat dengan kurang lebat saja. Tapi hakikatnya hujan masih turun tanpa henti sejak petang sabtu lalu (30/10/2010). Dan jalan berhadapan Taman Resak dan Taman Sri Meranti sudah dinaiki air sejak petang tadi lagi. Nasib baik saya pulang kerja awal. Semasa saya pulang tu pun jalan depan Taman Sri Meranti dah naik air. Tapi saya redah jugak. Nasib baik kereta saya agak tinggi. Alhamdulillah… kalau tidak, tak boleh masuk ke taman la jawabnya. Habis tu nak duduk mana? Takkan nak balik penang kot? Jalan ke Penang pun dah naik air. Jalan alternative lain tak reti pulak.

Semua sudah maklum bahawa sekarang ni pekan Changlun dah banjir. Dah keluar berita dekat tv tadi. Bagi yang tengok tv la.. Bagi yang rumah tak ada tv macam saya ni, hanya harapkan internet saja. Nasib…nasib… Maka esok terpaksalah cuti bencana..(declare sendiri..huhuu.. nak tunggu pihak UUM declare, lambat..) Alhamdulillah..baru apply cuti tadi. Kedengarannya ramai staf UUM nak apply cuti esk. Iya lah, macam mana nak pergi kerja kalau semua laluan dah ditutup. Maka esok berehat di rumah sajalah. Mujur taman perumahan saya di kawasan tinggi. Kalau tak, nak jadi kerja pulak nak mengemas lepas banjir.

B.A.N.J.I.R.

Monday, November 1, 2010
Coretan dari bumi Sintok...

Assalamualaikum...dan salam sejahtera..semoga sentiasa diberkati dan diRahmati Allah selalu dalam setiap apa yg dilakukan.

Di bumi Sintok ini sudah 2 hari hujan tidak berhenti-henti. Sesetengah tempat yang kawasan tanah rendah sudah dinaiki air. Pagi tadi saya datang kerja seperti biasa melalui jalan lama ke UUM. Jalan itu yang lebih dekat dari rumah sewa saya. Tiba berhampiran jalan keluar ke highway menuju ke UUM, jammed panjang di situ.. Saya fikir mungkin sebab hujan lebat dan kebetulan ada majlis konvokesyen di UUM. Rupa-rupanya jammed sebab jalan menuju ke UUM ditutup berikutan air Sungai Badak melimpah menyebabkan banjir di kawasan berkenaan. Para pemandu diarahkan untuk menggunakan jalan sebelah yang sepatutnya merupakan jalan dari arah bertentangan. Nasib baiklah jalan di sebelah tu dibina lebih tinggi. Kalau tidak, memang pakat tak sampai UUM la hari ini.

Air sungai dalam UUM pun dah nak melimpah ke daratan


Pihak berkuasa UUM bertanggungjawab mengawal lalulintas semasa banjir di sepanjang jalan ke UUM

Semasa saya datang tadi, jalan ni sudah ditutup dan diminta oleh pihak berkuasa untuk melalui jalan di sebelah

Air Sungai Badak dah melimpah naik menutupi jalan


Info yang baru diterima sebentar tadi, kedua-dua hala jalan dekat Sungai Badak sudah ditutup. (gigit jari...(#_#)) macam mana nak balik niii??? Takkan nak tidur kat ofis ni kot???

* Macam mana la sesi konvo hari ni...diteruskan seperti biasa kah? ditangguhkan kah?

Foto ihsan dari Joe Jambul

Relax Ur Mind

 

Browse