Membebel..membebel...

Friday, January 22, 2010
Assalamualaikum...

Minggu ni tak balik Penang seperti minggu2 sebelumnya..hehee..nak save budget skit. Sementara nak dapat gaji Isnin ni. Tapi nak dijadikan cerita, hujung minggu depan pun tak dapat balik kerana bakal menghadiri kem BTN di Langkawi. Kem bakal berlangsung selama 5 hari di sana. Bila tau je dekat Langkawi, terus rasa macam nak melompat (tapi tak terlompat...) Bayangkan seumur hidup saya memang tak pernah langsung jejakkan kaki kat Langkawi tu. Memang teringin sangat nak pergi sana. Akhirnya...impian bakal jadi kenyataan juaa... Memang ada berpakat dengan keluarga nak bercuti di Langkawi, tapi nampaknya macam susah nak terlaksana...

Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Hari ni dapat online live dari Changlun. hehee..guna Celcom Broadband milik housemate, Shida. Hari ini Shida bermurah hati (dia memang murah hati pun) membenarkan saya menggunakan broadbandnya sehari suntuk. Apa lagi..bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la saya ni.. hehee..terima kasih Shida.. Jasamu dikenang.

Sebenarnya dah nak off laptop tadi. Tapi teringat pulak nak jenguk blog yang jarang2 saya update ni. sempat jugak ziarah blog kawan2 blogger. Hmm..macam2 cerita..cerita COLA bakal ditarik la..(harap sangat2 agar ianya tak ditarik balik..kalau tak, makin ciput la gaji saya..huhuhuuu...) Kemudian teringat nak post sesuatu kat blog saya ni.

Saya terfikir untuk ubah layout blog saya ni. Tapi bila ye? Macam tak ada masa pulak. Bila ada masa, macam malas pulak.. Heii... (Dah bosan dengan kaler merah ni..hehehee...) Oklah..saya perlu tidur awal (awal ke ni? dah lewat dah...) Esok saya dan housemates nak pergi jogging kat UUM. Wahh..semangat.. jarang2 cheq pi jogging ni.. Lepas tu petang kami bercadang nak makan pizza kat Jitra. Dah mengidam budak Yana n Shida tu nak makan pizza..(ke aku yang mengidam? hehee..tapi diorang yang ajak ok..) Oklah..sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang.. mungkin cerita berkisarkan kem BTN yang bakal dilalui nanti.. hehee.. NANTIKAN...

New Year

Thursday, January 7, 2010
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita, kehidupan kita ke arah yang lebih baik pada tahun ini.
Alhamdulillah..azam saya tahun 2009 untuk mempunyai pekerjaan tetap telah tercapai. Cuma kahwin je belum lagi..hehehe...(shy...)
Tahun 2010 ni, anak saudara saya Ahmad Zikry Zuhairi telah memasuki darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua (sekolah saya dan adik-beradik suatu ketika dulu..)
Saya saja2 la tanya dia seronok tak nak masuk sekolah baru.. ternyata dia begitu excited untuk memulakan darjah 1. Baguss..tak payah la ayah dia pening kepala bila dia asyik nangis nak balik ja..hehee...
Apa2 pun, semoga tahun ini segala2nya akan bertambah baik hendaknya.. yang penting berusaha!!

Khatimah Cinta



Currently saya suka sangat lagu Khatimah Cinta oleh Sixth Sense. Lagu ni dah agak lama, tapi sekarang ni baru saya betul2 dengar. Sebelum ni dengar sipi2 ja..hehehee...
Baru saja download dari internet hari ni (ketinggalan sungguh..hehehe...)
Lepas tu dengar berulang kali (lebih dr 20 kali) masa kat ofis tadi. Apa kena la...
Bila perkara ini diajukan di laman FaceBook saya, maka bermacam2 lah komen dari kawan2..kebanyakannya meneka saya sedang dilamun cinta..(heran jugak, padahal lagu ni lagu sedih..kalau nak kata tgh frust lain la..hehee...)
Persoalannya adakah saya sedang dilamun cinta ataupun tengat frust? Jawapannya dua2 tidak...saya hanya menyukai lagu ini hanya kerana lagunya yang berjaya menawan hati saya. Bukan sebab lain. Jadi, janganlah membuat pelbagai spekulasi ye kawan2...

Thank You...

Assalamualaikum...
Dah sebulan tak update blog. Terasa sangat malas untuk mengarang ayat.hehee..
Masa sekolah dulu tak berapa minat tulis karangan. Sebab tu lah sekarang ni tak berapa pandai mengarang..
Apa2 pun, semangat untuk terus memeriahkan blog ini tetap ada. Cuma, mungkin sekarang sudah bekerja jauh dari kampung halaman dan di rumah sewa pulak tak ada internet (nanti nak pasang broadband lah...)
Terima kasih kerana terus melawat blog ini walaupun jarang update. Sokongan kalian membuatkan saya terus berusaha untuk terus menulis di blog ini. Domo arigato gozaimasu!!

Relax Ur Mind

 

Browse