Fatimah az-Zahra: Penghulu Wanita Syurga.

Sunday, July 25, 2010
Artikel ini di'copy' dan di'paste' sepenuhnya daripada blog seorang sahabat, http://dilemaduniaislam.blogspot.com, credit to Saudara Ashaabul Kahfi. Kisah yang sangat menarik untuk menjadi halwa minda sahabat-sahabat sekalian terutama untuk insan yang bergelar wanita/isteri.

"Sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat..."

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.
POSTED BY ASHAABUL KAHFI

NoTitLe

Thursday, July 15, 2010
Assalamualaikum...

"Time keje nih..bleh plak aku meng'update' blog..hehee.."
Hari ni tak tau nak buat keja apa.. Ambik kau..2 hari sebelumnya busy dengan data report yang tak sama. So, kena cari punca kenapa data tak sama. Cari punya cari...rupa-rupanya masalah disebabkan ada column data yang kosong/NULL. Tu sebabnya...patutlah.. jadi, sistem tak kira yang NULL tu. Kemudian, ubah coding sikit-sikit..ubah itu..ubah ini...then, alhamdulillah... Akhirnya berjaya jugak.. 2 hari balik rumah kepenatan. Penat otak oii..bila dah penat otak secara automatiknya badan turut merasa penat. Fuhh..

Hari ni lepas kerja nak balik Penang memandangkan minggu lepas tak balik. Tapi hari ini saya tidak balik keseorangan. Ada teman, you... hehee.. Liyana anak Pak Andak, baru mendaftar sebagai pelajar UUM sesi ini. Nampaknya nanti selalulah kami balik sekali. Tapi si liyana ni habis kelas pukul 5 lah pulak. Saya habis kerja pukul 4.30p.m. Takpe..tunggu kejap je...

Saya dah apply cuti 2 hari, tapi tak tahu pulak nak pergi mana. Hmm..nak ajak mak pi jalan-jalanlah..nak pergi mana ye?? Jalan-jalan tepi pantai??

Sepetang di Jitra Mall...

Saturday, July 10, 2010
Dah lama benar saya tak main bowling. Tiba-tiba teringin pulak nak main. Nak kata pandai main tu tak la..just for fun kata orang putih..hehee.. Akhirnya, tercapai jugak hasrat murni saya tu petang semalam (Jumaat,9/7/2010). Saya bersama housemates main boling di Jitra Mall 2 game. Namun, keghairahan untuk bermain boling terganggu dengan 'lane'nya yang kejap-kejap stuck, kejap-kejap rosak...aduh.. Dari dok happy-happy, jadi muka bengkek ja..sabo je laa.. At last kami mintak tukar lane. Daripada apa yang saya perhatikan, banyak lane yang asyik stuck aja kerjanya. Tapi lane yang saya and the gang duduk mula-mula tadi tu yg paling kritikal la. So, diharap pihak pengurusan Pusat Bowling Jitra Mall dapat menangani masalah ni ye.

Semasa tengah syok main bowling tu, tiba-tiba saya hampir tersungkur ketika hendak membuat hayunan bola ke lane. Sempat saya cover jatuh tu supaya tak betul-betul tersembam ke depan. Hasilnya, lutut kanan saya yang jadi mangsa. Orang kata, jatuh dengan bergayanya..hehee..aduh, risau benar kalau orang gelakkan saya. Sudah la kebanyakan orang kat situ terdiri daripada budak-budak muda. Kalau gelakkan orang, memang 'kaw-kaw' punyalah. Slow-slow saya toleh belakang tengok member-member saya. Mula-mula diorang tak perasan tapi terus terkejut bila nampak saya terduduk. Hehee.. Tengok orang-orang lain, rancak bersembang sesama sendiri. Rasanya mereka tak nampak saya terjatuh..(atau buat-buat tak nampak) Fuh...lega...alhamdulillah...kalau tak, mau tebal muka ni dok tahan malu. huhuuu...

Maka akibat daripada peristiwa itu, kaki kiri saya sakit dan lutut kanan saya lebam.. Nasib baik sakit sekejap saja. Begitulah kisahnya sepetang bermain bowling yang tak berapa nak best tu...

Alhamdulillah atas kurniaanMu...

Assalamualaikum…

Kembali semula setelah sebulan menyepi..hehee.. Biasalah..SEGAN nak update blog. Tak tau nak buat macam mana dah. Sepanjang sebulan ni, bermacam-macam perkara telah berlaku dalam kehidupanku. Adikku telah menamatkan zaman bujangnya a.k.a. saya dapat adik ipar, saya dapat seorang lagi anak saudara (yang keenam), saya dapat milikan baru (my G-chan) hehehe…dijangka bulan 10 ni saya akan dapat seorang lagi anak saudara.. Alhamdulillah..macam-macam saya dapat..syukur..

So sweet...

Budak Amsyar ni dah berapa kali dah kebas kuih. Cari cekelat (gula-gula) la tu...


Gambar newborn baby tak dapat nak reveal lagi berikutan tiada gambarnya pada saya..akan di'update' kemudian..tungguu...

Relax Ur Mind

 

Browse