Bertemu kembali. Rasanya dah sebulan saya tak menulis dalam blog ni. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya lalui sepanjang sebulan ni.
Tahun ni sekali lagi saya menyambut Ramadhan al-Mubarak di kota metropolitan, Kuala Lumpur seperti tahun lepas atas tuntutan kerja. Walaubagaimanapun, puasa di mana2 pun sama sahaja. Kalau di Penang sambut Ramadhan dengan keluarga, di KL pun dengan keluarga juga..(saya tinggal dengan ibu saudara semasa di KL) Jadi tidaklah rasa keseorangan. Yang bestnya, tahun ni saya dapat pulang beraya lebih awal. Tak payah nak berpusu2 bersama2 umat manusia yang lain yang juga hendak pulang ke kampung. (Bleh plak balik awal ye? Hmm..Nape ek?)
Dan seperti tahun lepas juga saya memilih untuk pulang dengan keretapi. Kenapa? Entahlah..mungkin saya tak sukakan keadaan stesen bas (Puduraya) yang sentiasa ramai orang tu..(apatah lagi time musim perayaan, Hari Raya Puasa terutamanya) Begitu juga dengan pengurusan yang kurang sistematik..maklum la ramai..

Dan sekarang saya sudah selamat berada di Penang. Sebenarnya dah 2 hari kat kampung ni. Cuma agak malas nak update blog ni. Banyak benda nak diceritakan, cuma malas nak karang cerita..(malas lagi..apa nak jadi la..)





0 comments:
Post a Comment