Hattchumm!!

Friday, August 7, 2009
Assalamualaikum..
Semalam saya menemani emak ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan mata. Mata mak jadi kabur tahap kritikal akibat penyakit kencing manis. Cermin mata yang emak pakai tu pun 'power'nya dah sampai tahap paling tinggi. Emak perlu datang semula ke Hospital BM tu pada 11/9 untuk rawatan lazer pada matanya.
Semasa sampai di hospital tu, saya terus ke Unit Rawatan pesakit luar memandangkan unit tersebut paling depan sekali untuk bertanya di mana Klinik Mata, tempat yang patut mak pergi untuk pemeriksaan mata. Masuk saja dalam unit tersebut kelihatan ramai pesakit luar datang untuk buat rawatan. Kebanyakannya memakai topeng hidung dan mulut. Apatah lagi kakitangan hospital, semuanya memakai topeng. Jadi gerun pulak saya. Saya yang tengah selsema ni selamba je tak pakai topeng. Kalau nurse2 kat situ tahu saya selsema time tu dah tentu kena marah. Hehehee... Akhirnya saya tutup jugak..tapi dengan kain tudung saya je la..segan pulak nak mintak topeng kat nurse situ..err..boleh ke??
Penangan H1N1 atau selsema babi ni, telah mengakibatkan beberapa buah sekolah di Daerah Kepala Batas ditutup sementara waktu. Patutlah masa saya lalu di beberapa buah sekolah di Kepala Batas Isnin lepas kebanyakannya tutup. Hairan jugak sebab sekarang ni bukannya musim cuti sekolah. Rupa2nya sebab H1N1...

2 comments:

* adeqya8284 * said...

Jaga diri ya Sis...
sekarang memang banyak kes H1N1...
huhu

nEeChAn said...

a'ahh.. alhamdulillah..akak selesema 2 hari ja. lepas tu dah ok.

Relax Ur Mind

 

Browse