Assalamualaikum..
Bertemu kembali..dah agak lama saya tak buka laman web iluvislam. Dan baru2 ni saya membaca satu thread forum yang bertajuk 'Gejala Blog Picisan'.
Erkk..apakah yang dimaksudkan dengan picisan? Apa yang dimaksudkan dengan picisan ialah tidak bermanfaat dan rendah kualiti.
Adakah blog saya ini juga dikategorikan sebagai picisan?? Hmm..macam2 pendapat yang diutarakan dalam forum tersebut.
Ada yang menyatakan blog picisan ni adalah blog yang tidak mendatangkan manfaat kepada pembacanya seperti menceritakan hal2 peribadi, yang tulis short form, bahasa rojak apatah lagi blog yang berunsurkan lucah sana sini..(yang ni bukan picisan lagi..memang haram baca dan tengok)
Ramai juga yang mempertikaikan tajuk forum dan mempertahankan blog yang menceritakan tentang diri sendiri (saya percaya banyak blog yang sebegini hatta blog saya sekalipun).
Bagi mereka kalau terasa ianya picisan, maka tak payah susah2kan diri untuk baca. Kerana sesebuah blog tu adalah hak pemilik blog tersebut.
Suka hati dia lah nak tulis apa pun..nak cerita pergi kedai beli karipap ke..naik basikal jatuh longkang ke..itukan blog dia..hak dia.. (Setuju2..)
Apa2 pun bagi saya, sekalipun sesebuah blog itu lebih menceritakan tentang diri penulisnya, ianya tak salah..sebab kadang2 menerusi penceritaannya kita boleh mendapat pengajaran di situ..orang kata bukan sekadar penceritaan kosong.
Cuma disarankan di sini elakkanlah daripada menceritakan yang buruk2 mengenai diri sendiri bimbang akan disalah anggap dan menimbulkan fitnah. Bukankah akan memudaratkan diri sendiri.. Tak pasal2 orang pandang rendah pada kita.
Bab 'copy and paste' tu saya akui blog saya pun banyak juga artikel yang di'copy and paste' seketul2 dari sumber yang lain. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi informasi2 yang saya baca dengan semua pelawat blog saya. Nak dihuraikan sendiri tentang sesuatu topik tu, saya akui saya kurang pandai..maklumlah masih kurang sangat ilmu di dada..masih perlukan banyak pembacaan...
Walaubagaimanapun..segala yang baik datangnya dari Allah jualah.. dan yang buruk tu adalah daripada kelemahan dan kedhaifan diri sendiri..cuma pandai2lah kita ambil mana yang baik dan tinggalkan mana2 yang tidak baik. Masing2 pandai menilai bukan??
Wallahua'lam..
Perjalanan ke Ipoh, Tesla dinodai
2 years ago





2 comments:
salam...sokong sgt2 artikel awk nih....
w'salam... thanks..
Post a Comment