Rabu lepas(24 Jun), saya menghadiri Program Kebolehpasaran Graduan anjuran Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri di Dewan Sri Endon, Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas. Pada mulanya rs segan nk pegi (sbb xde geng), tpp pikir punya pikir..why not I grab this opportunity. Mana tau Allah izinkan rezeki saya bermula dr sini. Peluang mcm ni bkn senang nak dpt. Alaa..selamba je la..geng bleh dicari..ye tak.. Hehee..Dalam program ni, ada sesi taklimat mengenai hala tuju graduan selain dr memohon kerja di sektor2 awam mahupun swasta contohnya dgn menyertai program 'train n place' ataupun menjadi usahawan. Dan melalui program ini juga mereka membuka jalan bagaimana nk menjadi usahawan bermula dgn zero knowledge oleh pihak PUNB dan juga Tunas Mekar,UiTM. Kita akan dihantar training dgn mana2 pengusaha (perusahaan/perniagaan yg kita minat) dan kita akan belajar selok-belok perusahaan tersebut dlm tempoh 6 bln-setahun dan kemudian barulah kita boleh memulakan perniagaan. Hmm..mcm berminat.. ok, we'll see...
Semasa khusyuk dgr taklimat, tiba2 sy dan beberapa org peserta dicuit oleh seorg kakitangan urusetia dan diminta utk keluar dewan. Apahal lak ni? Rupa-rupanya nak kena interview ngan wartawan akhbar n RTM. Alamak..ni yg xbest ni..hehee..ntah masuk ke idak muka sy kat tv. Harap2 xmasuk lee..huhuhuu..
Program ni berlangsung sampai 4.30 ptg. Start 8 pg. (Actually 9.30 br start..ramai dtg lambat..biasa laa..janji Melayu...nyampah betul ngan frasa nih!) What a surprise, sy xngantuk langsung time program ni berlangsung. Excited ada..chewah..iye2 la tu..





0 comments:
Post a Comment