Sepatutnya entry ni sy post dr minggu lepas lagi. Tapi oleh kerana takde mood nak menulis, maka ianya dibiarkan shj dlm ruangan memori otakku.
Pertama sekali, syukur Alhamdulillah... Allah telah kurniakan sy nikmat kesihatan dan kelapangan (biarpun kadang kala masalah menimpa, ttp itu perkara biasa. Takde sorang pun manusia di muka bumi ni yg xde mslh langsung.. ye tak?) Syukur Alhamdulillah.. Tanpa Rahmat, Kekuasaan dan kasih sayang Allah, maka sy tidak akan dapat hidup seperti sekarang... Syukur ya Allah...
Hati ini tersentuh tatkala menziarahi jiran2 yg sakit di hospital Pulau Pinang tempoh hari. Jiran pertama, Kak Siti (rumahnya di hadapan rumah sy je) baru menjalani pembedahan jantung (injap jantungnya rosak). Ketika melawatnya di wad ICU, hati saya terus sebak & air mata bergenang. Lidah jadi kelu, tak tau apa nak dikatakan/diucapkan. Hanya bibir yg berusaha utk senyum mudah-mudahan tenang sedikit hatinya dan membuatkan dia lupa sekejap pada kesakitannya itu.
Jiran kedua, Husnun (anak kepada guru sekolah rendah saya) beliau dah lama terlantar di hospital tu. Saya tak berapa pasti dia sakit apa cuma yg pastinya ianya berkaitan dgn usus. Pun sama jugak, ketika melawatnya, lidah kelu tak dpt berkata-kata. Hanya senyum sahaja. Sy kagum dgn ibu kedua-duanya, sgt sabar menjaga mereka tanpa mengeluh sedikit pun. Walaupun diuji sebegini rupa, mereka ttp mampu tersenyum dan berbual mesra dgn pelawat2 yg datang.
Ibu mana yg tak sayangkan anak kan? Sedangkan anak belum tentu dpt menjaga ibu sebegitu rupa jika ibu mereka uzur nnt. Insaf..insaf.. Terfikir jugak, kalaulah ditakdirkan sy sakit, tentu yg paling susah hati adalah mak sy. Naluri seorg ibu memang tak sanggup tengok anak2 mereka sakit. Dan kalau boleh, biarlah mereka yg menanggung kesakitan itu asalkan anak2 mereka sihat dan hidup dgn gembira... Subhanallah...
Kepada Kak Siti dan Husnun, semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. Percayalah walaupun kalian dlm keadaan begini, tetapi keluarga kalian sangat menyayangi kalian. Kalian umpama nadi di mana kalian sgt penting bg keluarga kalian. Maka dgn itu, tabahlah dalam menempuh kehidupan di hari2 yg mendatang.
Wassalam...





0 comments:
Post a Comment