Valentine??

Saturday, February 14, 2009
Tanggal 14 Februari setiap tahun bakal menyaksikan seluruh dunia menyambut Hari Kekasih ataupun lebih dikenali sebagai Hari Valentine. Menurut propaganda yang disebarkan oleh masyarakat barat, Hari Valentine merupakan hari yang paling sesuai untuk pasangan yang sedang asyik bercinta untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayang dan seterusnya memadu asmara. Namun, sebagai umat Islam, adakah wajar untuk kita menyambut hari yang kononnya dikatakan Hari Kekasih ini? Budaya mengeratkan kasih sayang pada Hari Kekasih atau Hari Valentine bukannya budaya Islam dan tiada langsung berkaitan dengan ajarannya.

Menurut sejarahnya, Valentine atau Valentino adalah seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan ajaran Kristian di Rom. Raja Rom Claudius II memenjarakan penganut Kristian yang tidak sealiran agama dengannya termasuk Valentine. Meskipun dalam penjara, Valentine tetap menyebarkan agamanya kepada banduan. Kegiatan ini akhirnya diketahui oleh Raja Rom. Lalu diperintahkan diseksa dan dibunuh pada 14 Februari 296 Masihi. Orang Kristian menganggap paderi ini sebagai orang yang mulia, sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian. Justeru besarnya pengorbanan Valentine beliau diberi gelaran Saint atau St. Pada 350 Masihi sebuah gereja dibina berhampiran kuburnya, Dari sumber lain pula, didapati ketika dalam penjara Valentine jatuh cinta dengan seorang anak pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum dibunuh Raja Claudius II memberi dua pilihan. Meninggalkan agama Kristian atau dibunuh. Namun beliau lebih rela dibunuh tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis itu dengan menurunkan tandatangan "From Your Valentine." Sejak peristiwa itu orang Kristian mengambil sempena 14 Februari setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati kematian St Valentine, idola mereka.


Jadi, adakah wajar kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w berteraskan kitab Al-Quran dan As-Sunnah serta berkalimahkan 2 kalimah syahadah untuk menyambut Hari Valentine ini kerana cukup jelas ianya adalah propaganda masyarakat barat untuk menyesatkan akidah umat Islam. Sekalipun Islam menggalakkan berkasih sayang sesama manusia, namun Islam tidak pernah menetapkan satu hari yang khusus untuk setiap manusia berkasih sayang. Semuanya adalah kerana setiap umat Islam harus saling kasih mengasihi tanpa hasad dengki antara satu sama lain tidak kira masa, tempat, darjat dan sebagainya kerana semua manusia adalah sama disisi Allah s.w.t. Renungkanlah......


Mun: Kata seorg ustaz (xingat namanya) dlm rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pg tadi, "Menyambut Hari Valentine adalah bid'ah yg mungkar. Jadi kita sebagai umat Islam yg sentiasa berpegang teguh pd ajaran agama Islam seharusnya xmenyambutnya kerana ianya bukan budaya Islam."

2 comments:

* adeqya8284 * said...

K.Muni saya ada komen sikit....
Hmmm..kdg2 minda anak muda cam kita nih..(tak semua tp ada sekelumit aje) boleh terima untuk tak sambut valentine's day sebab kita tahu sejarah valentine's tu..yg pelik dan jeliknya bila kita dsogokkan dgn soalan2 dr org yg lebih tua "tak celebrate valentine ke arini?" mcm pelik je kan..tp itu yg saya lalui...saya mula terfikir...dunia hari ni dah terbalik ke? org2 dewasa lak yang mendorong anak muda dgn ajaran2 sonsang ni..fikir-fikirkan.....

nEeChAn said...

mungkin mereka ni kurang or tak dpt pendedahan mengenai sejarah valentine nih.. xkira peringkat umur. main ikut ja budaya barat.. sejarah valentine ni xdapat liputan meluas di media cetak mahupun media elektronik. klu ada pun atas usaha individu yg ada kesedaran utk sebarkn perkara2 ni..

Relax Ur Mind

 

Browse