Picisan??

Wednesday, August 5, 2009
Assalamualaikum..
Bertemu kembali..dah agak lama saya tak buka laman web iluvislam. Dan baru2 ni saya membaca satu thread forum yang bertajuk 'Gejala Blog Picisan'.
Erkk..apakah yang dimaksudkan dengan picisan? Apa yang dimaksudkan dengan picisan ialah tidak bermanfaat dan rendah kualiti.
Adakah blog saya ini juga dikategorikan sebagai picisan?? Hmm..macam2 pendapat yang diutarakan dalam forum tersebut.
Ada yang menyatakan blog picisan ni adalah blog yang tidak mendatangkan manfaat kepada pembacanya seperti menceritakan hal2 peribadi, yang tulis short form, bahasa rojak apatah lagi blog yang berunsurkan lucah sana sini..(yang ni bukan picisan lagi..memang haram baca dan tengok)
Ramai juga yang mempertikaikan tajuk forum dan mempertahankan blog yang menceritakan tentang diri sendiri (saya percaya banyak blog yang sebegini hatta blog saya sekalipun).
Bagi mereka kalau terasa ianya picisan, maka tak payah susah2kan diri untuk baca. Kerana sesebuah blog tu adalah hak pemilik blog tersebut.
Suka hati dia lah nak tulis apa pun..nak cerita pergi kedai beli karipap ke..naik basikal jatuh longkang ke..itukan blog dia..hak dia.. (Setuju2..)
Apa2 pun bagi saya, sekalipun sesebuah blog itu lebih menceritakan tentang diri penulisnya, ianya tak salah..sebab kadang2 menerusi penceritaannya kita boleh mendapat pengajaran di situ..orang kata bukan sekadar penceritaan kosong.
Cuma disarankan di sini elakkanlah daripada menceritakan yang buruk2 mengenai diri sendiri bimbang akan disalah anggap dan menimbulkan fitnah. Bukankah akan memudaratkan diri sendiri.. Tak pasal2 orang pandang rendah pada kita.
Bab 'copy and paste' tu saya akui blog saya pun banyak juga artikel yang di'copy and paste' seketul2 dari sumber yang lain. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi informasi2 yang saya baca dengan semua pelawat blog saya. Nak dihuraikan sendiri tentang sesuatu topik tu, saya akui saya kurang pandai..maklumlah masih kurang sangat ilmu di dada..masih perlukan banyak pembacaan...
Walaubagaimanapun..segala yang baik datangnya dari Allah jualah.. dan yang buruk tu adalah daripada kelemahan dan kedhaifan diri sendiri..cuma pandai2lah kita ambil mana yang baik dan tinggalkan mana2 yang tidak baik. Masing2 pandai menilai bukan??
Wallahua'lam..

Pulang dr Benta

-2 Ogos 2009-
Hari ini lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak pulang ke Penang.
Abgku dgn selambernya xguna GPS konon2nya dah ingat jln la tu..hasilnya ntah jln mana kami rodong..akhirnya, kena buka GPS jugaklaa...
Hehee..seperti yg dicadangkan oleh mak semasa perjalanan dtg ke Benta Jumaat lepas, maka kami pun singgah ke Cameron Highlands (setelah menempuh perjalanan yg jauh..)
Akhirnya..sy sampai jugak ke Cameron..mmg salah satu tempat yg nk pergi sgt2..
Tapi kami singgah sekejap je, beli sayur2an, xlupa strawberry n jalan2 sikit2 je..
Masa kami sampai tu dlm pukul 2 petang, suhu di situ dah xberapa sejuk, tp sekali angin dtg...rasanya mcm bila kita buka peti ais, n then suhu sejuk dia keluar kena kita..haa..mcm tu la rasanya.. sejukk..

Ececeh..gambar kaktus jugak yg sy ambil..

Nama ja bawa kamera, tp xguna pun..asyik2 guna kamera hp..huhu..so, apa sgtlah gambar yg diambil..
Harapan nak pergi ladang teh, tp oleh kerana singgah sekejap je maka xjadilah..
Masa dlm perjalanan keluar dr Cameron tu, nampaklah ladang teh..cepat2 'on'kan kamera hp utk ambil gambar..
Tapi xsempat.. ini je hasilnya..huhuhu...


Kami sampai di rumah tepat2 waktu Maghrib setelah singgah di kaw rehat Sg Perak utk solat n makan (makan mknn yg dimasak dr rumah adik..save budget hehee..)

Kesimpulannya..adik dpt tempat tinggal yg selesa tahap apartment, ada 3 bilik dlm 1 unit rumah..adik duduk di tingkat 4..kawasan kuarters mmg agk pedalaman disebabkan faktor muka bumi (mcm cikgu Geografi lak) yg terletak di kaw perbukitan..mmg penempatannya jarang2.. apa2 pun kalau ada kenderaan sendiri, rasanya xde masalah.. Jalannya pun elok n luas, tp agak jauh dr pekan. Adik sempat bawa kami ke pasar malam berdekatan tempat tinggalnya di Benta..not bad..mcm pasar mlm sini jugak..

Tour to Benta

Tuesday, August 4, 2009
-31 Julai 2009-
Hari ni saya, mak, ayah n abang sulungku bertolak ke Pahang utk melawat adik yg baru dpt posting keja kat sana.
Dari Penang kami melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Susur keluar Simpang Pulai seterusnya menempuh perjalanan yang panjang ke Gua Musang.
Perjalanan menuju ke Gua Musang tersebut melalui kawasan perbukitan kiri kanan dan jalan yang bengkang-bengkok. Tp jalannya elok n selekoh tak tajam bak kata abgku boleh 'corner baring' gitu..

Perjalanan ke Benta, Pahang berpandukan GPS..(abangku merasmikan hp baru..)

Haa..jalan ini juga melalui Cameron Highlands, lebih baik berbanding jalan dr Tapah yg corner baring n agak sempit tu..
Masa lalu kat Cameron Highlands tu, sy ngan mak jd excited tengok sayur2an yg ditanam di tepi2jalan, kebun2 bunga n strawberry..
Maka dgn itu mak pun berkata,"Nanti balik kita singgah na..." hehe..xrancang pun sebelum ni. Ye la..mana nak tau akan lalu cameron highland.
Perjalanan yg meletihkan kerana sgt jauh..ye lah..bila dh sampai Gua Musang (about 140km from Simpang Pulai) kena tempuh perjalanan sejauh about 120km lagi utk ke Kuala Lipis..Fuhh..Nasib baik Kuala Lipis ngan Benta dah xjauh..
Dalam perjalanan tu, apa yg sy lakukan cuma menikmati pemandangan, terlelap sebentar, makan2 n buat lawak bangang ngan abgku..

Saya : GPS ni, kalau kita tersalah jalan or xikut jalan yg dia tunjuk, apa jadi?
Abg : Nnt dia recalculate balik n tunjuk jalan alternative yg lain.
Saya : Ooo..ya ka.. ingatkan nnt dia kata, "Woi, salah jalan la!!"
Abg : Pala hotak hang
Saya : Hehehee...

Nak dijadikan cerita HP abgku kehabisan bateri, maka xboleh la berpandukan GPS lagi.. nasib baiklah dh dekat nak sampai..maka lepas tu pandai2lah kami..
Sesampai di sana, Kuarters Pendidikan Batu 13, Benta, adikku tersengih je menyambut ketibaan kami..
Kami sampai hampir pukul 6 petang (bertolak pukul 10 pg) setelah berhenti beberapa kali utk makan, solat, rehat, singgah beli buah2an di tepi jalan...hehee...
My bro's new XpressMusic. Touchscreen tuu.. jeles..jeles..

I'm Away...

Thursday, July 30, 2009
Assalamualaikum..
Esok saya akan ke Benta, Pahang utk melawat adik yg baru dapat posting kerja ke sana.
Hehee..kesian dia.. dapat posting ke tempat yg agak pedalaman..apa2 pun hopefully it'll give some good experiences for u, bro..
Okey..tour to Benta will be revealed for the next post..

Award lagii...


Assalamualaikum..
Sekali lagi blog ini menerima 'award'..
Tapi kali ni dari blog Strange Girl Stories
Terima kasih banyak2..kepada yg sudi meng'award...
Tahniah untuk diri sendiri..ececehh..

AICHA

Tuesday, July 28, 2009


Aicha - Outlandish

So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don't nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes

Aicha Aicha - passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha - my my my (is it really real)
Aicha Aicha - smile for me now
Aicha Aicha - in my life

She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears

She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo

Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moi

Bebelan tgh mlm..

Monday, July 27, 2009
Assalamualaikum..

Lagi 10 minit pukul 12 tgh mlm.. masih di depan laptop. slalunya time ni dh masuk tido. (mesti korg heran knp sy tido awal? pernah digelar 'budak sekolah' oleh housemate sbb slalu masuk tido awal. xkisah lah..yg penting kalo dah ngantuk, mesti tido..ye tak??)
Sambil ditemani oleh lagu 'Aicha' nyanyian Outlandish. Alaa..penah dgr x lagu 'Aishah' nyanyian Yassin? Haa..mcm tu la lagu dia cuma dlm versi rap n dlm English. Tapi, rasanya lagu yg Yassin nyanyi tu liriknya ciptaan beliau sendiri cuma lagunya adaptasi drpd 'Aicha' kumpulan Outlandish tu. 'Aishah' nyanyian Yassin berkisarkan ttg Ummul Mukminin, Saidatina Aishah manakala 'Aicha' nyanyian Outlandish lebih kepada (menurut fahaman sy la menerusi liriknya..) kisah seorang wanita..

Taknak ulas lebih lanjut ttg 'Aicha' mahupun 'Aishah'.. apa yg sy tahu, saya suka lagu ni.. (thumbs up!!) Lagu latest yg saya suka. What's next?? We'll see...

Alamak!! Semua org dah tido..tinggal sy sorg masih terkebil2 kat bawah ni..ditemani tv yg sengaja dibiarkan 'on' walaupun sy xtengok pun. Hehee..(penakut jgk sy nih..) Tak boleh jadi..kena masuk tido ni.. Ok..jumpa lagi... wassalam..

Suka2

LUPA

seorang isteri menyuruh suaminyer yang terkenal dengan sikap pelupa pergi ke pasar untuk membeli barang dapur

isteri:beli bawang sekilo,cili kering dua ringgit
suami:setakat dua barang abang ingatlah
sebaik saja enjin vespa dihidupkan si isteri pun ingat garam dah habis.
isteri:eh abang garam dah habis
suami:kalau dah tiga barang mesti abang dah lupa
isteri:kalau macam tu baik abang tulis

selesai mencatat barang yang hendak di beli
sampai di pasar si suami terpinga-pinga.garu sana.garu sini tak pasal pasal
rambut gugur.selain lupa apa barang yang di perlukan isterinya dia juga lupa bawa kertas catatannya tadi

KENCING MASAM

Pak amat menghidap penaykit kencing manis...setiap bulan dia ada temujanji dengan doktor,maka seawal pagi dia telah terpacak di hospital...tunggu punya tunggu tapi namanya masih belum dipanggil...pak amat terus menanti dengan sabar...

Tetiba datang sebuah ambulan membawa mangsa kemalangan...maka bergegaslah para doktor dan jururawat bagi membantu mangsa yang cedera paran...Pak amat yang melihat keadaan itu berasa pelik dan denag rasa tak puas hati lantas bertanya pada pesakit di hadapannya...

Pak Mat :dik..apa pasal tu...kita dah lama tunggu tapi dia yang dipanggil dahulu..
Adik : kes kecemasan Pak Mat
Pak Mat :Oh..kencing masam...rupa-rupanya kencing masam lebih bahaya dari kencing manis ya?
Adik :????????????

BIRI-BIRI

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa pacik membezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya?? Padahal jawapan semuanya sama saja.."
Gembala :"Mestilah saya membeza-bezakan, sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Yang Dikatakan Muslimah...

Saturday, July 25, 2009

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab.

Makna ayatnya lebih kurang begini: "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

Award from Destinasimu!!



Blog ini telah menerima award drpd blog Destinasimu Destinasiku.
Terima kasih..
Jazakallahu khairan kathiira..
Domo Arigatou gozaimasu...
Thanks a lot..

Relax Ur Mind

 

Browse