LUPAseorang isteri menyuruh suaminyer yang terkenal dengan sikap pelupa pergi ke pasar untuk membeli barang dapur
isteri:beli bawang sekilo,cili kering dua ringgitsuami:setakat dua barang abang ingatlah
sebaik saja enjin vespa dihidupkan si isteri pun ingat garam dah habis.
isteri:eh abang garam dah habissuami:kalau dah tiga barang mesti abang dah lupa
isteri:kalau macam tu baik abang tulisselesai mencatat barang yang hendak di beli
sampai di pasar si suami terpinga-pinga.garu sana.garu sini tak pasal pasal
rambut gugur.selain lupa apa barang yang di perlukan isterinya dia juga lupa bawa kertas catatannya tadi
KENCING MASAMPak amat menghidap penaykit kencing manis...setiap bulan dia ada temujanji dengan doktor,maka seawal pagi dia telah terpacak di hospital...tunggu punya tunggu tapi namanya masih belum dipanggil...pak amat terus menanti dengan sabar...
Tetiba datang sebuah ambulan membawa mangsa kemalangan...maka bergegaslah para doktor dan jururawat bagi membantu mangsa yang cedera paran...Pak amat yang melihat keadaan itu berasa pelik dan denag rasa tak puas hati lantas bertanya pada pesakit di hadapannya...
Pak Mat :dik..apa pasal tu...kita dah lama tunggu tapi dia yang dipanggil dahulu..Adik : kes kecemasan Pak Mat
Pak Mat :Oh..kencing masam...rupa-rupanya kencing masam lebih bahaya dari kencing manis ya?Adik :????????????
BIRI-BIRISeorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa pacik membezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya?? Padahal jawapan semuanya sama saja.."
Gembala :"Mestilah saya membeza-bezakan, sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya"Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)