Ingat!!

Tuesday, July 14, 2009
Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan bagi menguatkan ingatan kita (Amat bagus untuk insan yang masih bergelar PELAJAR). Antaranya adalah:

1. Tabiat kita
Seseorang yg suka kepada Al-Quran, pasti akan suka membacanya serta pasti akan mudah mengingatinya.Seseorang yang suka kepada agama, pasti akan mudah mengingati perkara-perkara agama. Bagi para pelajar, sekiranya mereka suka dengan sesuatu mata pelajaran itu, maka mudah untuk mereka 'score' untuk subjek tersebut..(betulkan??) Begitulah sebaliknya jika seseorang itu suka kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah, pasti itu yang akan lebih diingatinya.

2. Minat
Minat yang kita pupuk dapat membantu menguatkan ingatan kita. Jika kita meminati bidang agama, pasti kita akan ingat banyak perkara yang berkaitan dengan perkara agama. Begitu juga halnya dengan perkara maksiat.

3. Ketenangan
Orang yang tenang tidak akan berkeluh kesah. Dia pasti akan memperoleh ilmu dengan mudah. Ilmu yang diperoleh itu pula akan sentiasa kekal dalam ingatan.

4.Ketaatan
Orang yang taat kepada perintah agama juga mempunyai ingatan yang kuat.

Selain memberikan tumpuan, ingatan boleh dikuatkan dengan kaedah ulangan. Manakala ada beberapa kaedah ulangan yang boleh membantu menguatkan ingatan. Antaranya:

1. Cuba fahamkan apa yang kita baca atau cuba ingatkan.

2. Cuba membaca sedikit-sedikit tetapi berterusan. Nabi Muhammad berkata, "Sebaik-baik perkara adalah yang selalu diamalkan walaupun secara sedikit-sedikit."

3. Kita akan cuba mengingat dengan cara membacanya berulang-ulang kali seolah-olah kita sedang membaca kepada diri sendiri. Jika yang cuba diingatkan itu adalah al-Quran, kita boleh mulakan dengan membaca surah-surah pendek terlebih dahulu secara berulang-ulang.

4. Cuba lakukan ulang kaji lebih lama daripada masa yang kita peruntukan.

5. Yakin kita sebenarnya mampu mengingati apa yang kita baca.


Ingatan yang dikurniakan Tuhan boleh dipertahankan jika betul peraturannya. Pastikan kita sentiasa bertenang, supaya apa yang kita baca itu tidak akan hilang begitu saja.

0 comments:

Relax Ur Mind

 

Browse