Generasi Berkualiti

Wednesday, July 22, 2009
Assalamualaikum...

Baru2 ni saya ada menerima emel drpd seorang kawan dan saya ingin berkongsi isi emel tersebut dgn anda pengunjung blog ini. Berikut adalah isi kandungan emel tersebut...

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, yahudi amat berterima kasih kepada kerajaan British yg memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi perilaku kaum Yahudi yang dah sekian lama di halau oleh umat manusia sejak dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa di dunia ini yang dibunuh begitu ramai di muka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi, kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba di bawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa yg akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

*Tabiat pemakanan yg dinyatakan dlm tesis ini sebenarnya sama seperti tabiat pemakanan yg dianjurkan dlm Islam sendiri. Pendek kata perkara2 yg baik bolehlah diambil contoh dan tauladan manakala yg tak baik hendaklah dielakkan. Wallaua'lam..

Kembali...

Sunday, July 19, 2009
Assalamualaikum...

Bertemu kembali setelah sy berehat selama beberapa hari ni..(2-3 hari je..) Di mana saya ketika itu?? Di mana lagi kalau bukan di rumah tok (emak kpd emakku). Actually tok ada buat kenduri sikit Sabtu lepas. Maka Sabtu tu sibuklah tok bersama2 anak2 n cucu2nya membuat persiapan memasak. Kupas bawang, potong bawang, ubi, timun, tomato bla..bla..bla.. tak lupa juga daging. Masak nasi daging (nasi tomato) hari tu..sedapp!!! Hehe..kerja saya tak lain n tak bukan ialah kerja kupas-mengupas n potong-memotong apa2 yg patut sejak sehari sblm kenduri lg. Dan yg paling xtahan tu, time potong bawang, mencurah2 air mataku merembes keluar..mcm apa ja..huhuhu...sedih betul org tengok.."Kak Mun jgnlah nangis..nnt kami pun nangis sama.." gurau sepupu saya. Time tu lah mcm2 petua xmau bagi pedih mata diturunkan. Cucuk hujung pisau dgn bawanglah..letak semangkuk garam di depanlah.. tp satu pun xmenjadi. mataku tetap produktif mengeluarkan air mata..

Hehe..bila balik rumah tok ni, cadang tu nak rehatkan minda n perasaan kacau bilau dlm kotak fikiranku. Gatai tangan plak nk baca novel milik sepupuku.. Setelah minta kebenaran my cousin, maka sy pun membelek2 koleksi novel2nya. Harapanku konon2 adalah novel2 dr Faisal Tehrani ke..hmm..kesemuanya novel cinta. Satu persatu kubelek sinopsisnya..semuanya xmenarik minatku kecuali 1 novel yg bertajuk 'BICARA HATI' karya penulis yg sy xingat namanya. Kisah mengenai perkahwinan kontrak. Kiranya cinta yg berputik slps kahwin la ni..Sblm ni pun pernah baca novel yg penceritaannya lebih kurang begini cumanya kisah berkaitan perkahwinan kerana wasiat org tua atau pilihan ibu bapa. Bila baca novel ni, mcm2 perasaan bercampur baur..sedih, geram, sakit hati, bahagia..mcm2 adaa..(saya rasa semua org pun mcm ni time baca novel..menghayati dgn penuh perasaan...) Haa..dah jadi satu hal plak perasaan tu terbawak2 ke dunia realiti. Kata nk rehatkan fikiran, dah jd mcm ni la plak.. Sampaikan perasaan jd sedih satu mcm.. hish..apa kena aku nih?? Ni yg malas nak baca novel nih..Moral of the story, jgn baca novel cintan time hati xtentu arah..dikhuatiri akan memudharatkan lagi our feelings.. Err..itu saya..xtau la plak org lain kan? Kalau hati tgh libang-libu tu, cuba2lah baca buku2 motivasi utk jiwa or La Tahzan (Jgn Bersedih) jika ada..percayalah anda akan relaks jika betul2 menghayati n memahami isi yg cuba disampaikan.

Tp alhamdulillah..skarang dah okey..baca novel tu pun xabis lagi 2-3 bab..tau, mesti happy ending punya..mana sy pernah baca novel sad ending hatta novel biografi pun happy ending..huhu.. Xsempat habiskan sbb dah nak blk umah. ingatkan nak tinggal kat umah tok lg sehari dua, tp bila memikirkan yg perjuangan yg harus diteruskan, maka sy mengambil keputusan utk blk hari ni. Maka esok bersambunglah perjuangan sy.. Don't give up, Mun!!!

I need a rest!!

Wednesday, July 15, 2009
Assalamualaikum...

Ini adalah entry terakhir sebelum sy merehatkan diri dr komputer ini(untuk beberapa hari).. Mengapa?? I need rest. My eyes need rest, my mind need rest.. sbb akhir2 ni saya selalu lama2 di depan komputer(so worry if my eyes getting 'rabun'er and 'rabun'er...Ya Allah..jgnlah Engkau tarik balik nikmat penglihatanku ni). Online la..apa lagi.. Bila online ja, website yg setia sy kunjungi ialah blog sy ni kemudian lawat blog2 rakan blogger yg lain, dan juga iluvislam.com Baru2 ni sy jd addicted kat web iluvislam.com ni. Sebelum ni biasa2 je.

Selain drp itu, tujuannya adalah utk menstabilkan semula emosiku ini..(eh, emosi xstabil ka? Hmm...kadang2 diri sendiri pun xsedar yg sebenarnya emosi kita tgh xbrapa stabil..) So, i need a rest.. di suatu tempat yg xada komputer.. so, xleh dok rumah..kalau dok rumah, mmg xleh tahan diri dari online. Tambah2 bila tgk komputer yg sentiasa 'on'. Ye lah..kalau bukan sy yg 'on'kan, nnt abg or my nephew yg 'on'kan..main game la apa lagi.. pastu biarkan komputer tu trus 'on'.. Ish, xboleh..xboleh..

So, ke mana harusku pergi?? Mana lagi kalau bukan ke rumah tok ku.. Hee..kadang-kadang kita perlukan suasana yg lain untuk kita keluar dr segala kekalutan yg bersarang pada fikiran kita. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Amin...

Wassalam...

Ingat!!

Tuesday, July 14, 2009
Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan bagi menguatkan ingatan kita (Amat bagus untuk insan yang masih bergelar PELAJAR). Antaranya adalah:

1. Tabiat kita
Seseorang yg suka kepada Al-Quran, pasti akan suka membacanya serta pasti akan mudah mengingatinya.Seseorang yang suka kepada agama, pasti akan mudah mengingati perkara-perkara agama. Bagi para pelajar, sekiranya mereka suka dengan sesuatu mata pelajaran itu, maka mudah untuk mereka 'score' untuk subjek tersebut..(betulkan??) Begitulah sebaliknya jika seseorang itu suka kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah, pasti itu yang akan lebih diingatinya.

2. Minat
Minat yang kita pupuk dapat membantu menguatkan ingatan kita. Jika kita meminati bidang agama, pasti kita akan ingat banyak perkara yang berkaitan dengan perkara agama. Begitu juga halnya dengan perkara maksiat.

3. Ketenangan
Orang yang tenang tidak akan berkeluh kesah. Dia pasti akan memperoleh ilmu dengan mudah. Ilmu yang diperoleh itu pula akan sentiasa kekal dalam ingatan.

4.Ketaatan
Orang yang taat kepada perintah agama juga mempunyai ingatan yang kuat.

Selain memberikan tumpuan, ingatan boleh dikuatkan dengan kaedah ulangan. Manakala ada beberapa kaedah ulangan yang boleh membantu menguatkan ingatan. Antaranya:

1. Cuba fahamkan apa yang kita baca atau cuba ingatkan.

2. Cuba membaca sedikit-sedikit tetapi berterusan. Nabi Muhammad berkata, "Sebaik-baik perkara adalah yang selalu diamalkan walaupun secara sedikit-sedikit."

3. Kita akan cuba mengingat dengan cara membacanya berulang-ulang kali seolah-olah kita sedang membaca kepada diri sendiri. Jika yang cuba diingatkan itu adalah al-Quran, kita boleh mulakan dengan membaca surah-surah pendek terlebih dahulu secara berulang-ulang.

4. Cuba lakukan ulang kaji lebih lama daripada masa yang kita peruntukan.

5. Yakin kita sebenarnya mampu mengingati apa yang kita baca.


Ingatan yang dikurniakan Tuhan boleh dipertahankan jika betul peraturannya. Pastikan kita sentiasa bertenang, supaya apa yang kita baca itu tidak akan hilang begitu saja.

Saat Berpisah...

Sunday, July 12, 2009
Untuk renungan bersama teman-temanku yang dikasihi...

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Apabila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Apabila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah2 hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji...tiba masanya pasti kembali!


Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya dengan tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa, pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang...untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap...untuk bersabar.

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama':
"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Justeru, carilah "kebijaksanaan" itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.


Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut...katalah pada diri, apabila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takut akan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbang akan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu apabila kita berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah kata-kata ini:
"In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning."

Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan - dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran - proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang, mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya...syurga! Amin.

Oleh: Pahrol Mohd Judi, Majalah Anis, Julai 2009.

Anime??

Assalamualaikum..

Citer kartun oh citer kartun.. ms kecik2 dlu sy mmg suka tgk citer kartun, xkira la kartun omputeh ka, kartun jepun ka..tambah2 kartun jepun yg comel2 tu.. tp itu dulu la.. skang dah tua2 ni still suka tgk kartun tp cuma suka 1-2 crita kartun ja.. Tp yg paling suka tgk, Atashinchi la.. Meh sy kongsi siri2 anime yg sy suka tgk dulu hingga kini...

Masa ngah study diploma dulu, sy mmg gila anime nih (Slamdunk). Sanggup simpan duit elaun bulanan Mara nak beli vcd anime nih dr episod 1-tamat. Dah brapa kali ulang tgk. hehee.. mmg xjemu la crita nih.
Time ni jugak sy suka tgk anime Cardcaptor Sakura yg comel tu. Time tu mmg tgh tayang kat tv kedua2 crita nih. Hari Sabtu kalau xsilap. Saya juga ada koleksi anime Cardcaptor Sakura yg di'download' dr internet dr epsd awl sampai habis, cuma ada 1-2 episod yg xleh donlod.

Sy juga suka ngan anime Naruto juga Naruto Shippuden. Tapi minat ni cuma bermusim. Bila dah start tgk, mmg nak sambung tgk sbb nak tau crita selanjutnya. Tapi skali bila dah tinggal lama, lps tu mesti dah xde hati nk tgk. Baik crita Naruto mahupun Naruto Shippuden, kedua2nya sy tgk xhabis.. ahaa.. Tu la..panjang sgt critanya sampai melalut ntah ke mana tah..


Haa..skarang ni plak sy suka tgk anime 'Atashinchi'.Ceritanya berkisarkan sebuah keluarga tipikal Jepun (keluargaTachibana) yg terdiri drpd Ottousan(ayah), okaasan(mak), midori(ank perempuan) dan anak lelaki(xtau dlm bhs Jepun apa..hee..). Tp sayangnya kat tv bersiaran pukul 7.30 mlm. Napelaa xsiar waktu lain mcm waktu petang ke mcm citer katun lain tu.. Tgk kat Youtube aje laa..boleh tgk byk2 episod skaligus.. yg xde alihsuara pun..hantam ajela tgk..bukannya paham sgt pun even ada blaja Nihon-go(Japanese Language).




*Konnichiwa...arigatou...sayonara...mata aimashoo..
(Good afternoon...thank you...good bye...we'll meet later...)
V(^_^)V

Cuci Mate...

Friday, July 10, 2009
Assalamualaikum...

Semalam sehari suntuk sy mengadap pc ni. Habiskan masa kat sudut fotografi di laman web iluvislam.com. Menikmati gambar2 yg menarik dan perbincangan mengenai fotografi oleh jurugambar2 profesional mahupun yg amatur (terdiri drp member2 iluvislam.com). Teringin sgt nak blaja ambil gambar2 menarik mcm mereka. Tapi apakan daya, sy hanya memiliki camera digital biasa (yg kadang2 kurang memuaskan hati sy..huhuu...)

Dan dari situ saya mengenali software HDR utk menghasilkan / mengedit gambar menjadi lebih menarik. Berikut adalah contoh2 percubaan saya:

Saya paling berpuas hati dgn hasil editing gambar ni. Yg lain tu, mcm xbrapa jadi berikutan kelemahan sy dan juga kualiti gambar yg tak berapa elok(gambar h/phone la tu..hehee...)


Taman Rama-rama Teluk Bahang



Aiseh...nampak langsir tingkap bas la pulak...

Laman Rumahku...


Heheh..tengah menyimpan angan2 untuk memiliki kamera DSLR. Agak2 tercapai ke? Hehee..mahal tuh..mau riban harga dia. Mcm harga Laptop. Tu belum peralatan2 yg lain lg...mm..xpelah..stakat ni, stay dgn digicam yg sedia ada dlu.. not bad what.. cuma dlm certain keadaan, gambar dia jd kurang memuaskan..takpe..kalu ada rezeki, ada la ye tak??

Menangislah Dibahuku..

Sunday, July 5, 2009
kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah…
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah…
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah…(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah…(dibahuku kerna ku sahabatmu)


*Kadangkala terasa seperti aku ini terbahagi kepada 2 bahagian. Satu yg menangis, satu lagi yang menenangkan.. Syukur pada Tuhan kerana diberikan kekuatan utk hadapi segala cabaran dan dugaan-Nya dgn tabah dan sabar sepanjang hidup ini... Aku adalah sahabat terbaik diriku...

Catatan Perjalanan

Assalamualaikum..

Iye-iye je tajuk entry kali nih. Mcm ada gi mana2 je. Padahal gi KL je pun. Ya..saya datang lagi ke bandaraya yang sentiasa sibuk dgn kelibat manusia siang malam ni. Sebab ada interview kat Sepang pd hari berikutnya. Jauh jugak dr rumah PakTeh sy di Ampang.

Inisiatif sy utk pergi sendiri je. Taknak susahkan PakTeh. So, dr umah PakTeh, sy naik STAR LRT kat stesen Cahaya terus ke Stesen Bandar Baru Salak Selatan. Tapi sblm tu kena turun kat Stesen Chan Sow Lin utk tukar tren laluan Sri Petaling. Dah sampai kat stesen Bandar Tasik Selatan, naik komuter pulak terus ke Nilai. Perjalanan dr stesen Bandar Tasik Selatan ke Nilai agak jauh. Rasanya lagi jauh dr Shah Alam ke KL. Dah sampai Nilai, terpaksa amik teksi utk ke KTT sbb xde bas lalu situ. Fuh, campur tolak tambang pergi saja dah RM2+.++...

Balik dr interview, terus naik Komuter dr Stesen Nilai ke Stesen Bank Negara. Terasa lapor bebenor..singgah makan dulu kat food court SOGO (kat dlm tren td dok kalut bila nak sampai ni..perut dah pedih ni..). Lepas makan, gi jalan2 kat Jalan TAR cari kain utk buat baju raya. Saya beli 2 helai, 1 utk mak n 1 utk sy..theme kaler hijau la pulak..(kalau mak yg belikan, gerenti yg sy punya kaler merah..mesti punyalah..)

Keesokan harinya sy bertolak balik Penang. Ingatkan nak duduk sehari lg kat umah PakTeh, tp t'paksa balik..ada hal skit (banyak sgt la hal aku nih...hehee...). Sampai Puduraya, terus beli tiket bas..dpt bas pukul 12tgh hr(nama ja pukul 12, tp dekat pkl 1 baru jalan..) Sementara tunggu bas tu, gi beli minuman n buah2 potong utk mkn dlm bas nnt..xlupa juga majalah utk dibaca.. Confius nak pilih majalah mana, then tukang kedai tu syorkan sy majalah Anis n Dara.com. Dara.com sy ignored sbb xbrapa suka mjlh tu. Then, sy pilih Anis stlh belek2 serba sedikit. Hmm..bagus mjlh ni..more Islamic..

Leka dok belek2 mjlh yg baru dibeli td sambil duduk2 di bangku Platform 20, tiba2.."Butterworth!..Sg. Petani!..Alor Setar!.." Eh, bas dh dtg.. Maka sy trus bergegas turun tangga platform trus naik bas. Tempat duduk bebas, so sy pilih mana2 single seat (tempat duduk pilihan klu naik bas ekspres). Dalam perjalanan, sambung baca mjlh Anis sambil sekali sekala tgk pemandangan hijau bukit-bukau sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Mmg kalau naik bas ekspres, sy xakan tidur..sebab mmg xleh tidur dlm keadaan duduk. Walaupun perjalanan malam..(masa masih belajar kat Shah Alam dulu selalu jgk naik bas malam. So, bila sampai pagi tu, sy jadi sedikit gelong2 sbb xtidur lena dlm bas..huhuhuu..tapi masih waras ok..) Cuma kadang2 tu tersengguk2 n terhantuk2..(Ouchh!!) Alhamdulillah..Sampai Butterworth kira2 pukul 5 lebih..Abang sy bersama2 anak2 buahku menanti di dlm kereta.. Sekian..

NIHON-GO: Ayat2 bahasa Jepun

Friday, July 3, 2009
minna nihon go suki desu ne.
= korg smua suka bhs jepun yer

jaa isshouni benkyou shimashoo.
= mari kita sma2 belajar...

doryouku sureba dare demo jouzu ni narimasu.
=sesiapa pun blh jdi pandai kalau berusaha.

chirimotsumoreba yama to narimasu.
skit2 lama2 jdi bukit.

kirei no hana ni wa toge ga arimasu.
= bunga yg cantik,ade duri nyer....(perumpamaan utk wanita)

kyou wa kore dake desu. mata jikan ga areba oshieta agetai desu.
= ni sje utk ari ni. nnt kalau ade masa,sy ajar lgi.

jya nee.. otanoshimi!!
= ok yer.. bergembira lah.( enjoyment)

Relax Ur Mind

 

Browse