Selamat...

Saturday, February 27, 2010
Assalamualaikum...

Tatkala saya menulis entry ni, umur saya telahpun genap 27 tahun.. bukan dah tua ye, tapi dah mula matang.. (err..matang ke?) Birthday saya pada Khamis lepas (25 Feb.) sehari sebelum Maulidurrasul.. Cuma bezanya birthday saya kira kalendar Masihi, Maulidurrarul kira kalendar Hijrah. Kalau diikutkan birthday saya ikut kalendar Hijrah, 13 Jamadil Awal 1403 kalau tak silap..

Bagaimanapun diharap dengan pertambahan usia hari makin hari ni, semoga saya semakin matang dalam menempuh kehidupan yang penuh onak duri ini, semakin matang dalam membuat keputusan, perlakuan serta tindakan, serta semakin matang dalam menilai baik buruk sesuatu keadaan dan tindakan.

-Saya sudah dewasa....(^_~)-

0 comments:

Relax Ur Mind

 

Browse