Assalamualaikum..
Owh..semalam, pemanduan dari rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang ke rumah sewa di Changlun, Kedah melebihi had waktu yang sepatutnya. Sepatutnya saya sampai sebelum pukul 7 malam. tetapi berikutan jammed teruk yang berlaku selepas persimpangan ke Kuala Kedah, sebelum Plaza Tol disebabkan oleh kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta. Lori terbalik di lorong kedua jalan dan kereta terbabas ke dalam parit.
Hampir setengah jam kereta tak bergerak langsung, kemudian baru la beransur2 sedikit demi sedikit. Semasa menunggu kereta untuk bergerak tu, ramai yang keluar dari kereta kononnya nak tengok apa yang terjadi. Padahal bukan nampak pun sebab tempat kejadian jauh nun di hadapan. Siap bersidai di tepi highway sambil bersembang sesama sendiri. Yang sibuk ambil gambar pun ada. hehehe..macam2 hal. Saya pulak, duduk bersila sambil makan kuih kenduri pagi tu. Menghilangkan lenguh2 di kaki. Akhirnya saya sampai di Changlun Pukul 8 lebih.. Fuh! Jarang2 saya drive malam..
Perjalanan ke Ipoh, Tesla dinodai
2 years ago





2 comments:
wah wah wah...
dh leh drive mlm..
leh la drive ke taiping pas ni...hehe
hehehe...insyaallah.. drive ke utara je.. ke selatan belum lagi..
Post a Comment