Tahniah!!!

Sunday, May 31, 2009
Assalamualaikum...

Alhamdulillah...beberapa hari lepas sy telah mendapat berita bahawa salah seorg sahabat saya telah selamat melahirkan anak (baby boy). Wah...saya tumpang gembira.. Err...nama xtau lagi laa..lupa plak nak tanya mak dia. Nnt lah tunggu beberapa hari skit. Bg chance mak dia rest betul2 dlu..hehee... "Nnt auntie datang bawak hadiah ye..jgn nakal2 tau.."

Tahniah Ina dan suami, Din. Semoga dgn kehadiran cahaya mata ini dpt mengukuhkan lagi kasih syng antara kamu berdua.. :)

Hmm...dlm minggu ni saja sy dapat undangan 'walimatulurus' kawan2 sekolah menengah saya.. tarikh yg sama lak tu. Hasilnya satu pun sy xpergi oleh kerana faktor jarak n dekat2 mumah sy pun banyak kenduri sedara-mara. Maklum laa..cuti2 sekolah ni kan... semua pakat2 nak wat kenduri time ni..

Kepada kawan2 yang terlibat, maaf sangat2 kerana xdapat menghadiri majlis bahagia kamu semua.. apa2 pun sy ucapkan 'SELAMAT PENGANTIN BARU' dan didoakan semoga berbahagia hingga ke Syurga. Amin..

Hari Terakhir.... :(

Saturday, May 30, 2009
Semalam, Jumaat 29 Mei 2009 merupakan hari terakhir saya mengajar di SJK(C) Lee Chee. Dan semalam jugalah Sek. Lee Chee menyambut Hari Guru. Maka pada hari terakhir tu saya tak mengajar. (Hehehee.. sukaa... :)

Masa sambutan Hari Guru tu, mcm biasa la ada sukaneka murid2 ngan guru. Saya terpaksa menggantikan Ustzh Inayah menyertai sukaneka tu berikutan keadaannya yg tgh sarat mengandung. Takpe la.. sy ok jee..

Game yg sy sertai tu ialah acara 'membuat barisan yg paling panjang menggunakan setiap ahli kumpulan tersebut (murid2 tahun 1 & 2). Disebabkan mereka murid2 tahun 1 & 2 yg kurang faham B.Melayu, maka saya memberi arahan dgn bercakap dan menggunakan isyarat tangan. Hee..hee..hee.. Maka berbaringanlah budak2 tu membentuk satu barisan yg panjang. buang kasut la..buang stokin la.. At last, kumpulan sy berjaya membuat barisan yg paling panjang.. Kumpulan saya menang!!

Hehee.. gembira hati sy sbb murid2 kump sy dapat hadiah. Eh, saya pun dapat jgk tau.

Hadiah ini sudah selamat sampai ke tangan anak sedara saya...

MENCARI atau MENJADI?

Tuesday, May 26, 2009
Mencari Solehah atau Menjadi Soleh? Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.

Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada post kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.

Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab:

“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”

“Pandai jaga hati”


Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza.

Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya.

Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka:

“Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.”

“Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.”

“Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.”


Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu?

Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita?

Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu.

Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh.

Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.

* Sumber: iluvislam.com

Mun: Ditujukan khas utk lelaki mahupun perempuan. Kita sering terlepas pandang dalam soal pemilihan pasangan hidup ni. Semuanya nak yg perfect. Ye la, tak salah kalau kita impikan pasangan yang serba sempurna. Tapi terfikirkah kita, adakah kita layak utk insan yg seperti itu? Cuba check diri sendiri.. Ingatan utk diri saya sendiri dan anda semua. Perbaikilah diri sendiri kepada yg lebih baik. Jadilah yg terbaik utk diri sendiri.

Islamic Calendar - Hijri Date Converter

Friday, May 22, 2009
Assalamualaikum..

Jika anda ingin mengetahui tarikh lahir anda @ apa2 tarikh pun di dalam kalendar Hijrah, sila ke sini.

Dengan ini anda boleh mengetahui tarikh lahir anda dlm bln Hijrah beserta harinya sekali. Selamat mencuba.


Mun: Hari lahir saya pada 13 Jamadil Awal, 1403 Hijrah bersamaan hari Jumaat. Cuba kira dlm kalendar Masihi lak. Hehehee...

Amuk

Wednesday, May 20, 2009
Assalamualaikum...

Hari ni saya 'termengamuk' semasa mengajar Pend.Islam darjah4. Boleh dorg bergaduh depan saya semasa sy mengajar di depan kelas. Siap nangis2 plak tu. Saya pun apa la lagi..hangin la satu badan.. slalu boleh ja cool dgn dorg nih. tapi, tadi mmg hilang kesabaran saya.. dah la dgn bebudak lelaki yg suka main2nya.. At last... "Hangpa semua keluaq!! Saya takmau ngajaq hangpa!! Keluaq sekarang!! Semua sekali!!!" sambil menghempas pintu... Kecut perut bebudak tu sekoq2... slow2 dorg keluar n balik ke kelas. tu la akibat xrespect kat cikgu yg ngajaq kat depan...

Hakikat CiNtA...

Tuesday, May 19, 2009


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.



Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.


Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.




Mun: Siapalah aku tanpa cinta-Mu...

Selamat Hari Guru..

Saturday, May 16, 2009

16 Mei...even dah lama meninggalkan alam persekolahan kira2 9 tahun yg lalu, sy masih ingat bahawa 16 Mei adalah Hari Guru! Yes!

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di seantero Malaysia....
Terutama buat guru2 yg pernah mengajar saya:

- pertama sekali setinggi2 penghargaan kepada ibu bapa saya kerana merekalah guru2 saya yg pertama dan mereka berjaya menyekolahkan sy sehingga ke universiti..

- guru2 tadika saya yg mengajar saya mengenal ABC, 123, alif ba ta, wahid ithnani thalathah, one two three...(sy start tadika umur 5 thn sbnrnya. Tapi slps beberapa hari, sy dah xmau pi skolah. Patut la mak sy xkisah sgt, sbb sy br 5 thn rupanya..kalo tak mesti mak dh paksa sy pi skolah sambil cubit2..ouchh!!) Terima kasih ustazah2...

- guru2 sekolah rendah saya yg mengajar sy membaca, mengira dan bermacam2 ilmu lain.. sehingga sy dpt masuk sek men yg bagus. Terima kasih cikgu2...

- guru2 sekolah agama saya (sekolah arab petang2) yg banyak mengajar ilmu agama dan bahasa arab pd saya..Terima kasih ustaz, ustazah...

- guru2 sekolah menengah di mana di situlah sy mula belajar erti kehidupan dan berdikari. Sehingga sy masih dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Terima kasih cikgu2...

- lecturer2 saya semasa di IYBPP dan UiTM, Shah Alam. Terima kasih..

- kepada sesiapa sahaja yg pernah mengajar saya secara tak langsung walaupun hanya sedikit ilmu tetapi anda tetap berjasa pada saya.. terima kasih...

Kepada semua guru yg pernah mengajar saya sama ada secara langsung @ tak langsung, jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan..hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian..dan semoga Allah merahmati sepanjang hidup kalian.. Aminn...

Fadhilat Istighfar

Tuesday, May 12, 2009
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)




Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut dijelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian mengingati Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindungi daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf. Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya. Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT.




Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain. Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur. Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar untuk menarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

Perkara2 Yg Membuatkan Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaanyang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Mun: Astaghfirullah...banyak perkara yg menjadi kebiasaan saya..slps ni kena lebih berhati2...

Rombongan Kak Kiah...

Monday, May 11, 2009
Assalamualaikum..

Tanpa dirancang, maka hari Sabtu lepas saya telah menyertai rombongan guru2 PASTI ke Padang Besar, Perlis Indera Kayangan. Akhirnya sampai jugak sy kat negeri Indera Kayangan tu. Jangan xcaya sy blum pernah sampai situ lagi.. hehehe..mesti org heran kan, nama je org utara, tp Perlis pun blum sampai lagi. (jgn kata perlis, Langkawi pun blum sampai lg..heheheee...mesti org xcaya..)
Mcm mana bleh t'sesat masuk rombongan Guru2 PASTI lak ni? Actually, mak sedara sy guru PASTI. Dia yg offer sy. Sy pun apa lagi, dah free kan. Mana leh lepaskan peluang ni..
Ok, first place yg kitorg pegi ialah, gua Kelam. Sblm masuk Gua Kelam tu, makan2 dlu..berkelah kat tepi air terjun..best2..then br masuk Gua Kelam.


Sejuk dalam gua ni..berangin.. Tah dtg dari mana tah angin tu.. heran gak..


Lepas solat Zohor kat Masjid (xingat Masjid apa) br kami bertolak ke Padang Besar... sampai kat sana,biasalah kakak2 ni mesti la nak shopping bagai.. saya? shopping pebendenye..tgh kesempitan wang ni..pegi tu pun nasib baik free..klu x xpegi la jwbnya.. tapi xde la smpai xbeli apa2 langsung..(tu pun mak kasi pinjam duit..hehee..) dlm xnak beli apa2 tu, terbeli jgk sehelai blouse warna biru n sepasang kasut murah(hanya itu yg kumampu...huhuhu...) xlupa juga kekacang yg byk dijual di situ..

Time balik, bas melalui kawasan ladang tebu. Subhanallah...punya la luas.. saujana mata memandang.. mula2 ingatkan serai..rupa2nya pokok tebu yg masih kecik. (Xpernah tgk live ni..sblm ni tgk kat tv jer..)

Sebenarnya ada lagi scene yg lebih menarik tp camera hp lak boikot xmau amik gambar..so, hanya itu je la yg termampu..sekali tgk mcm sawah padi lak. Actually byk pokok yg dah dituai.. and banyak yg masih kecil(tu yg nampak mcm pokok serai tu..)


Mun: Gaya penceritaan agak mcm jakun skit. Hehee..abaikann...maklum la br 1st time sampai sana..

Relax Ur Mind

 

Browse