Mawlud Nabi S.A.W.

Tuesday, February 15, 2011
Assalamualaikum...

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA...

Mari memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Mulia, Muhammad S.A.W., ahli keluarga Baginda serta para sahabat.. Semoga kita mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak... Amin..ya rabal 'aalamin...

"Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aalihi wasohbihi wabaarik wasallim..."

Ustaz Dzulkarnain Hamzah - Keagungan Zikrullah 3



SummaryFull story

Ustaz Dzulkarnain Hamzah - Keagungan Zikrullah 2



SummaryFull story

Ustaz Dzulkarnain Hamzah - Keagungan Zikrullah 1



SummaryFull story

Cinta Dalam Diam...

Saturday, January 22, 2011
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmuisteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasatenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk matamaka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah, kerana ssungguhnya puasa tersebut sebagaipenahannya ” (Hadist)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatuperbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam…

bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukankerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…

memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan

kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

“…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)” (QS.An Nuur:26)

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambang...kan kebersihan.
Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Now in KL!

Sunday, December 26, 2010
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selamat sampai di KL walaupun agak lari dari waktu yang sepatutnya sampai. Jalan agak sesak menyebabkan bas terpaksa bergerak perlahan sepanjang perjalanan tadi. Lebih kurang 9 jam perjalanan dari Changlun - Jalan Duta, KL!!!

Esok bermulalah kursus selama 4 hari di AmCorp Mall, Petaling Jaya dari pukul 9 pagi - 7 malam. Ganbarimashoo!! Hopefully everything gonna be fine here...

Bidadari Syurga

Monday, December 20, 2010
"Berbahagialah bagi Hamba Allah yang menjadi Milik Kami dan Kami menjadi Miliknya, di Syurga yang Kekal Nan Abadi."

"Dan (di dalam Syurga ada) Bidadari-Bidadari yang Bermata Jelita. Laksana Mutiara yang Tersimpan Terpelihara Baik" [ Al-Waqi'ah : 23 ]


"Sesungguhnya Kami Ciptakan Bidadari-Bidadari dengan Langsung, dan Kami jadikan Mereka... Gadis-Gadis Perawan. Penuh Cinta lagi Sebaya Umurnya. (Kami ciptakan mereka) untuk Golongan Kanan" [ Al-Waqi'ah : 35 - 36 ]

"Di dalam Syurga itu ada Bidadari-bidadari yang Sopan Menundukkan Pandangannya, Tidak Pernah disentuh oleh Manusia sebelum Mereka, dan Tidak Pula oleh Jin. Maka Nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu Dustakan? Seakan-akan Bidadari itu Permata Yaqut dan Marjan" [ Ar-Rahmaan : 56 - 58 ]

"Bidadari-bidadari yang Jelita, Putih Bersih dipingit dalam Khemah-khemah" [ Ar-Rahman : 72 ]

Buat Hati Yang Ketandusan Cinta...

Tuesday, December 14, 2010
Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.

Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.

Ujian datang dalam pelbagai cara.

Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.

Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

- Artikel iluvislam.com

Sujud dalam Solat.

Wednesday, November 24, 2010
Assalamualaikum...

Entry kali ini mengenai sujud dalam sembahyang. Nampaknya ramai yang tidak sujud dengan betul semasa dalam solat. Berikut adalah cara sujud dengan betul. Gambar tersebut saya ambil di sini


Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar.

Semoga selepas ini kita dapat memperbaiki ibadah solat kita. Peringatan untuk diri saya juga...

Relax Ur Mind

 

Browse