BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Sunday, October 31, 2010
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

Pemilihan JODOH

Thursday, October 28, 2010
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.

Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?

Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?

Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.

Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.

Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.


Oleh: Ustaz Fathi Yusuf dan isteri, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin
Sumber: Panduan Memilih Jodoh.www.iluvislam.com

Insiden Kereta Terbakar

Friday, October 8, 2010

Assalamualaikum…

7 Oktober 2010 kira-kira pukul 3 petang…

Hari ni hari Khamis. Bermula Ramadhan lepas, setiap hari Khamis semua staf UUM tamat waktu kerja pada pukul 3.30 petang..tapi ini bukan bermakna penyusutan waktu kerja.. Tidak… Hari Ahad – Isnin yang sebelum ini balik pukul 4.45 petang, ditambah 15 minit kepada 5.00 petang. Hanya anjakan waktu sahaja.

Bila datang petang Khamis saja, mula la rasa kurang bersemangat untuk buat kerja.. Maklumlah pukul 3.30 petang dah nak balik. Dalam suasana kurang semangat dan penantian waktu 3.30 petang tu, tiba-tiba Encik Wan Nasran a.k.a. Panjang (gelaran kepadanya berikutan susuk tubuhnya yang tinggi menggalah) masuk ke bilik PPTM memaklumkan bahawa ada kereta terbakar dan meminta tuan punya kereta yang parking berdekatannya mengalihkan kereta masing-masing. Bila dengar kereta terbakar saja, saya terus meluru keluar bilik PPTM menuju ke parking lot sebelah PK bimbang kereta saya turut terlibat.

Sampai saja di situ, kelihatan bahagian depan sebuah kereta Mercedes biru yang dipercayai milik seorang pensyarah terbakar. Kereta itu letak betul-betul berhadapan kereta saya. Ini bermakna saya perlu mengalihkan kereta saya dari situ. Dalam hati Tuhan saja yang tahu.. Takut, bimbang, kaget… kalau-kalau kereta itu akan meletup.. kereta saya juga akan kena kerana sangat dekat. Maka saya pun memberanikan diri..hidupkan enjin, kemudian cepat-cepat alihkan kereta saya ke tempat lain. Alhamdulillah..lega sikit bila dapat alihkan kereta walaupun dalam keadaan tangan yang terketar-ketar.

Kak Chik yang keretanya bersebelahan dengan kereta tersebut, tidak berani untuk mengalihkan keretanya kerana terlalu dekat. Saya kira perasaan Kak Chik ketika itu lebih takut berbanding saya. Mujurlah dengan keberanian Encik Murad dan Encik Fauzie memadamkan kebakaran tersebut dengan alat pemadam api. Alhamdulillah…berkat pelajaran yang diterima semasa latihan kebakaran beberapa bulan lepas, ianya dapat dipraktikkan dengan jayanya dan api pada kereta tersebut dapat dipadamkan.. Dan kereta Kak Chik pun dapat dialihkan.. Tahniah dan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ramadhan bakal berlalu...

Wednesday, September 8, 2010

Assalamualaikum...

Hari ini 29 Ramadhan 1431H..bermaksud tinggal sehari lagi untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu mendatangkan barakah kepada kita semua..

Start hari ni, ramai staf PKom mula bercuti raya. Tapi saya mula bercuti pada keesokan harinya (Khamis, 9/9/2010). Jadi, petang ni selepas waktu pejabat, saya pula akan bergerak pulang ke kampung halaman saya di Pulau Pinang. Kepada yang akan memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu ye... Ingatlah insan tersayang..(mesej ini turut ditujukan kepada diri sendiri..hehee..) Saya akan bercuti selama seminggu mulai esok. Raya sakan lerr..hehee...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua rakan bloggers dan juga pelawat blog ini. (Adeh..kenapa ntah..tetiba blur tak tau nak taip apa...sebelum buka blogger ni, macam-macam idea nak tulis..sekarang, pendek jugak entry saya ni..maaf yee...)

Pot Luck!

Tuesday, August 10, 2010
Assalamualaikum...

Sehari saja lagi kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan memperbanyakkan lagi amalan-amalan demi mengejar ganjaran pahala yang berlipat ganda pada bulan fiesta ibadah ini.

Pagi ini, bertempat di bilik programmer, kami ada buat sedikit jamuan versi 'pot luck'.. maksudnya, masing-masing bawa makanan sendiri, kemudian makan bersama-sama. Antara makanan yang terlibat:



Yang ni saya bawa.. Penat oii buat kek lapis ni.. Tak tidur malam dok buat selapis..selapis...heheee..

Jangan Ada Benci...


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Fatimah az-Zahra: Penghulu Wanita Syurga.

Sunday, July 25, 2010
Artikel ini di'copy' dan di'paste' sepenuhnya daripada blog seorang sahabat, http://dilemaduniaislam.blogspot.com, credit to Saudara Ashaabul Kahfi. Kisah yang sangat menarik untuk menjadi halwa minda sahabat-sahabat sekalian terutama untuk insan yang bergelar wanita/isteri.

"Sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat..."

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.
POSTED BY ASHAABUL KAHFI

NoTitLe

Thursday, July 15, 2010
Assalamualaikum...

"Time keje nih..bleh plak aku meng'update' blog..hehee.."
Hari ni tak tau nak buat keja apa.. Ambik kau..2 hari sebelumnya busy dengan data report yang tak sama. So, kena cari punca kenapa data tak sama. Cari punya cari...rupa-rupanya masalah disebabkan ada column data yang kosong/NULL. Tu sebabnya...patutlah.. jadi, sistem tak kira yang NULL tu. Kemudian, ubah coding sikit-sikit..ubah itu..ubah ini...then, alhamdulillah... Akhirnya berjaya jugak.. 2 hari balik rumah kepenatan. Penat otak oii..bila dah penat otak secara automatiknya badan turut merasa penat. Fuhh..

Hari ni lepas kerja nak balik Penang memandangkan minggu lepas tak balik. Tapi hari ini saya tidak balik keseorangan. Ada teman, you... hehee.. Liyana anak Pak Andak, baru mendaftar sebagai pelajar UUM sesi ini. Nampaknya nanti selalulah kami balik sekali. Tapi si liyana ni habis kelas pukul 5 lah pulak. Saya habis kerja pukul 4.30p.m. Takpe..tunggu kejap je...

Saya dah apply cuti 2 hari, tapi tak tahu pulak nak pergi mana. Hmm..nak ajak mak pi jalan-jalanlah..nak pergi mana ye?? Jalan-jalan tepi pantai??

Sepetang di Jitra Mall...

Saturday, July 10, 2010
Dah lama benar saya tak main bowling. Tiba-tiba teringin pulak nak main. Nak kata pandai main tu tak la..just for fun kata orang putih..hehee.. Akhirnya, tercapai jugak hasrat murni saya tu petang semalam (Jumaat,9/7/2010). Saya bersama housemates main boling di Jitra Mall 2 game. Namun, keghairahan untuk bermain boling terganggu dengan 'lane'nya yang kejap-kejap stuck, kejap-kejap rosak...aduh.. Dari dok happy-happy, jadi muka bengkek ja..sabo je laa.. At last kami mintak tukar lane. Daripada apa yang saya perhatikan, banyak lane yang asyik stuck aja kerjanya. Tapi lane yang saya and the gang duduk mula-mula tadi tu yg paling kritikal la. So, diharap pihak pengurusan Pusat Bowling Jitra Mall dapat menangani masalah ni ye.

Semasa tengah syok main bowling tu, tiba-tiba saya hampir tersungkur ketika hendak membuat hayunan bola ke lane. Sempat saya cover jatuh tu supaya tak betul-betul tersembam ke depan. Hasilnya, lutut kanan saya yang jadi mangsa. Orang kata, jatuh dengan bergayanya..hehee..aduh, risau benar kalau orang gelakkan saya. Sudah la kebanyakan orang kat situ terdiri daripada budak-budak muda. Kalau gelakkan orang, memang 'kaw-kaw' punyalah. Slow-slow saya toleh belakang tengok member-member saya. Mula-mula diorang tak perasan tapi terus terkejut bila nampak saya terduduk. Hehee.. Tengok orang-orang lain, rancak bersembang sesama sendiri. Rasanya mereka tak nampak saya terjatuh..(atau buat-buat tak nampak) Fuh...lega...alhamdulillah...kalau tak, mau tebal muka ni dok tahan malu. huhuuu...

Maka akibat daripada peristiwa itu, kaki kiri saya sakit dan lutut kanan saya lebam.. Nasib baik sakit sekejap saja. Begitulah kisahnya sepetang bermain bowling yang tak berapa nak best tu...

Alhamdulillah atas kurniaanMu...

Assalamualaikum…

Kembali semula setelah sebulan menyepi..hehee.. Biasalah..SEGAN nak update blog. Tak tau nak buat macam mana dah. Sepanjang sebulan ni, bermacam-macam perkara telah berlaku dalam kehidupanku. Adikku telah menamatkan zaman bujangnya a.k.a. saya dapat adik ipar, saya dapat seorang lagi anak saudara (yang keenam), saya dapat milikan baru (my G-chan) hehehe…dijangka bulan 10 ni saya akan dapat seorang lagi anak saudara.. Alhamdulillah..macam-macam saya dapat..syukur..

So sweet...

Budak Amsyar ni dah berapa kali dah kebas kuih. Cari cekelat (gula-gula) la tu...


Gambar newborn baby tak dapat nak reveal lagi berikutan tiada gambarnya pada saya..akan di'update' kemudian..tungguu...

Relax Ur Mind

 

Browse