Dialog Dua Hala dalam Surah Al-Fatihah

Tuesday, May 18, 2010
Apabila seorang hamba berkata:
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
(Bismillahir rahmanirrahim)

Allah menjawab :
"Hamba-Ku telah mengingati-Ku"

Bila si hamba berkata:
"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."
(Alhamdulillahirabbil'alamiin)

Allah menjawab :
"Hamba-Ku telah memuji-Ku"

Bila si hamba berkata:
"Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Allah menjawab:
"Hamba-Ku telah mengangungkan-Ku"

Bila si hamba berkata:
"Raja yang menguasai hari pembalasan"

Allah menjawab:
"Hamba-Ku telah memuliakan-Ku"

Bila si hamba berkata:
"Hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan"

Allah menjawab:
"Ayat ini antara aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta"

Bila si hamba berkata:
"Tunjukilah kepada aku jalan yang lurus, jalan orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat"

Allah menjawab:
"Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta"

*Dari Tafsir al-Kabir oleh Imam al-Fakhru al-Razi Juz 1 halaman 270. Mudah-mudahan dengan mengenali tafsir dari Al-Fatihah ini akan membuatkan kita lebih khusyu' di dalam solat.

I'm TAGGED...

Monday, May 10, 2010
Assalamualaikum...

Blog ini telah di 'tag' oleh seorang rakan blogger http://nursalykin.blogspot.com/

IKIN!!! Akak sahut cabaranmu ituu!!!

undang2 laut melaka (syarat2 yg perlu di ikuti)


1 ---> tag ni nampak aje senang tp susah ouh


2 ---> copycat kat blog anda


3 ---> guna huruf pertama nama anda untuk jawab soalan ini (cth name aku siti nurhaliza then gune laa huruf S...oke paham?


4 ---> jgn2 nak hipokrit kalo jwb tag ni


5 ---> guna jawapan sendiri, tak mo tiru2


6 ---> jgn guna jawapan yg sama untuk setiap soalan


7 ---> lagi satu xleh guna nama sendiri untuk soalan boy/girl name


~what is your name~
Munirah

~a four letter word~
Muni (my nickname...)

~a boy's name~
Munir

~a girl's name~
Murni (lagi suci... =))

~an occupation~
Mekanik (saya slalu jumpa sebab kereta suka buat hal...)

~a color~
Merah?? (oh no...saya suka hijau sebenarnya...)

~something u'll wear~
Mini telekung..

~a type of food~
Mee Curry.. sedappp...

~something found in the bathroom~
merus gigi...(anak sedara saya kata..)

~a place~
Michigan.. (macam mesingan jaa..)

~a reason for being late~
Malas..(huhuu..mintak dijauhkan laa sifat ini...)

~something u'd shout~
Makkkk!!!!

~a movie title~
Mama I love U....(eh, ada ka tajuk movie ni??)

~a musical group~
Metallica (I'll be your master!!!)

~animal~
Mentadak mentadu.. (menatang ni orang suka tanya dia macam mana seseorang tu tidur... terer ah dia..)

~fruit~
Mango (omputeh la pulak..hehee..)

~kenakan ur buddies.. hahaha~
Muahahahaa.. terpulanglah pada sesiapa yang nak buat kuis nih...

P/S: Ikiiinn... akak dah jawab!!!

I'm Moving...

Wednesday, May 5, 2010
Assalamualaikum…

Saya telah mendapat arahan dari big boss untuk ditempatkan sementara di PPQ bagi mengendalikan kerja-kerja Fadzliana (staf PK di PPQ) yang sedang cuti bersalin. PHEWW!!!....
Tiba-tiba rasa macam tak best pulak, penat…tension.. (chewwah…belum apa-apa lagi dah tension..hehehee…) Mana taknya…best2 duduk di PK, tiba-tiba dapat arahan ke PPQ. (T_T) Bermacam-macam perkara bermain di fikiranku. Mampukah aku handle kerja-kerja yang selama ini Fadzliana yang uruskan di sana nanti? Sebelum ni ada dengar-dengar jugak macam-macam keluhan Fadz tentang kerja-kerjanya itu.. kena buat itu la…ini la.. hhmmm….
Apa-apa pun saya anggap semua ini sebagai cabaran dalam menempuh alam pekerjaan. Insyaallah, setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Fikirkan positif! Buat yang terbaik!
Semoga segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, ya Allah… Amin…

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Tuesday, May 4, 2010
Salam semua, seorang rakan saya menghantar email ini pada saya. Saya rasa begitu terpanggil untuk berkongsi cerita ini. Saya juga kerap kali tidak terlepas dari dihantui oleh perasaan yang sama dengan kakak dalam cerita ini. Insyaallah dengan cerita ini dapat kita jadikan renungan dan panduan bersama.


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wasalam

P/S: POINTnya di sini ialah... WHAT U GIVE, U'LL GET BACK! Baik kita beri, baiklah yang kita dapat. Buruk kita beri, buruklah yang kita dapat...

Siapa nak T-Shirt Free???

Monday, April 19, 2010
Assalamualaikum...



Dapatkan T-shirt Percuma edisi terhad daripada



Untuk mendapatkannya, sila layari http://netqueen.com.my/

CEPAT! SEMENTARA STOK MASIH ADA!!...
IANYA ADALAH PERCUMA!

KOIR??

Wednesday, April 14, 2010
Assalamualaikum...

Ini cerita semalam punya. Nak update semalam tapi tak kesampaian sebab internet slow. Entahlah..internet slow atau laptopku yang slow?? Hasrat nak tambah RAM laptop belum tertunai lagi..bilakah???

Saya tersenarai sebagai salah seorang peserta koir PK sempena perhimpunan bulanan staf. Memang tradisi setiap kali perhimpunan akan ada persembahan koir oleh setiap jabatan mengikut giliran. Bulan ni giliran Pusat Komputer..(hmm...rasanya PK baru je buat persembahan beberapa bulan lepas... ni dah kena giliran balik..)

Erk..sedapkah suaraku? Nyanyi sajalah..dah orang suruh nyanyi.. Lagipun nyanyi ramai2 kan. Kalau sorang2 alamat surrender la saya.. hehehee... Alamak..dah tentu kena pakai baju batik Universiti. Belum tempah lagi..(alasan staf baru..hehehe...)

Ahad yang damai...

Sunday, April 4, 2010
Assalamualaikum...

Hari ni terasa tak berapa ada mood untuk bekerja. (Hari Ahad adalah hari bekerja bagi negeri Kedah, ok..)
Sungguhpun terasa malas hari ni, tetapi kerja tetap jalan, ok.. Alhamdulillah...orang kata, ikut nafsu, lesu...ikut hati, mati..
Jadi, ikutlah akal fikiran yang waras supaya tidak terpengaruh dengan anasir2 tidak baik itu..(nafsu dan hati yang dipengaruhi nafsu).. Err..apalah yang aku merepek ni...

Nak dijadikan cerita, masa bersiap2 nak balik dari ofis, tiba2 En. Lutfi (Pengerusi KKPK) datang berjumpa saya. Beliau memberitahu bahawa saya telah dilantik dengan sebulat suara untuk menjadi setiausaha kelab tersebut (Kelab Kebajikan Pusat Komputer)
Haaaa???? Tiba2 ja.. Bila masa pulak mereka ni bermesyuarat? Tau2 saja saya dah dilantik untuk jadi setiausaha kelab. Kemudian En. Lutfi memberikan kepada saya fail yang mengandungi salinan surat2 untuk dijadikan rujukan. Kekok pula saya dibuatnya.. Tak pernah2 jadi setiausaha pun.. Bolehkah saya?? Bagaimanapun, amanah yang diberikan akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Insyaallah... Do the best!!

P/S: Lega rasanya...terasa ringan kepala...hehehe...

TersepiT...

Tuesday, March 30, 2010
Assalamualaikum...

Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kini saya tersepit di celah2 situasi yang agak tegang antara dua pihak yang sedang berkonflik.. Aduh..pening saya dibuatnya.. Akhir sekali, saya membuat keputusan untuk buat apa yang difikirkan baik untuk kedua2 pihak.. Kalau diorang tak nak terima, then it's ok.. FINE.. saya tak nak campur...

Innalillah....

Thursday, March 25, 2010
Assalamualaikum...

Hari ini, Khamis, 25/3/2010 ada gotong-royong di PKom, tempat keja saya.. Wahh..semangat.. Pergi kerja pakai T-shirt dan seluar. Tugas saya dan beberapa staf lain ialah mengemas dan membersihkan bilik PPTM. Aduh..silap pulak tak ambil gambar.. Kalau tak boleh upload di sini. Tak apa..lain kali kalau ada event apa2, saya akan pastikan untuk tidak terlepas mengambil gambar walaupun sekeping.Yang bestnya sarapan dan makan tengah hari disediakan. Save lagi duit saya..hehehe..

Dalam seronok bergotong-royong tu, tiba2 datang berita pesawat TUDM terhempas berhampiran Kolej MISC, UUM semasa mengadakan pertunjukan udara sempena majlis perasmian pembukaan Pesta Konvo di UUM yang berlangsung pagi tadi. Terkejut dengan berita itu, ditambah lagi setelah saya menonton sendiri video yang dirakam oleh seorang pelajar yang menyaksikan pertunjukan udara tersebut. Sungguh ngeri.. Saya tak berani upload video tu dalam blog saya ni, bimbang timbul spekulasi yang tidak enak nanti. Kat Youtube pun macam2 komen depa bagi.. So, kalau nak tengok jugak, cari sendiri kat Youtube ye..

Apa-apa pun, takziah kepada keluarga Allahyarham juruterbang yang maut dalam insiden tersebut. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Al-Fatihah...

P/S: Org kata Pesta Konvo UUM ni best sebab ada jualan n murah2.. mana cheq tau, cheq pon baru lg kat sini.. takpa.. nnt kita pi ushar2 tgk...

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Wednesday, March 10, 2010
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil
untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat
kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia
tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan
bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail
mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat
manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi
kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab
antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan
tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman,
keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran
dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan
dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu
sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung
Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan
menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah
sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah
liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa
halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil
masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk
memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan
dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah
keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian
dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan
tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu
jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang
mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.
Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini
menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan
isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi
darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana
kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama
100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Relax Ur Mind

 

Browse