Antara 2 Cinta

Wednesday, December 9, 2009
apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang di dalam genggaman
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
indah di mata namun tiada

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

Antara Dua Cinta, Saujana.

KCB

Saturday, December 5, 2009

Saya baru sahaja habis download Filem Ketika Cinta Bertasbih. Dan seperti yang dijangkakan filem ini lebih baik berbanding filem Ayat-ayat Cinta kerana lokasi penggambarannya betul2 di negara Mesir. Tidak bermakna filem Ayat2 Cinta tak bagus, cuma suasana filem tu tidak seperti cerita asalnya iaitu berlatar belakangkan negara Mesir. Jadi, kurang feel di situ..

Sebenarnya saya tak tengok habis lagi Filem KCB ni. Baru tengok sekerat je. Disebabkan download kali pertama yang bermasalah, hanya boleh tengok sekerat sahaja. Tapi sekarang saya dah download semula, complete..tapi masih belum berkesempatan untuk menonton sampai habis. Dan difahamkan ada sambungannya iaitu Ketika Cinta Bertasbih 2. Kita tunggu dan lihat...

Kursus oh kursus...

Esok, Ahad, 6 Disember 2009 saya akan menghadiri kursus K-Info XML di UUM. Kursus akan berlangsung selama 2 minggu dan akan berakhir pada 17 Disember nanti. Bertambah lagi ilmu baru..insyaallah..alhamdulillah...

Bengang!

Friday, December 4, 2009
Heyy...bengang dibuatnya. Ada ke saya dok depan mata dia buat bolayan ja. Macam ni ke layan pelanggan. Boleh pulak pegi layan pelanggan lain yang duduk agak jauh dari kaunter(pelanggan Chinese..n jurujual tu juga Chinese girl) Padahal saya ada lebih dekat dengan dia (salesgirl tu) dekat kaunter tu. Rasa macam ada bias kat sini. Takkan la tak nampak saya dok tercongok depan mata dia. Sudahnya, saya letak balik barang yang saya nak beli tadi dan terus keluar dari kedai tu. Lantak le...saya tak rugi apa2 pun..

Walaubagaimanapun, setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. Saya dapat beli barang yang sama dengan yang saya nak beli di kedai tadi, tapi beli kat kedai lain dengan harga yang lebih murah!

Dating v(*o*)v

Hari ketiga selepas AidilAdha lepas, berlangsunglah satu pertemuan dengan sahabat2 lama setelah sekian lama tak bersua disebabkan faktor jarak dan kehidupan masing2.. Pertemuan yang dirancang lebih kurang sebulan lebih awal dari tarikh pertemuan tersebut iaitu pada 29/11/2009.

Pertemuan berlangsung di Queensbay Mall, Penang (di sebelah pulau ye kawan2). Maka saya pun excited nak drive sendiri ke sana melalui Penang Bridge. Fuh! first time saya drive melalui Penang Bridge nih. Teruja sangat2. Berbeza dengan keadaan jambatan semasa kali terakhir saya lalu sebelum ini (bukan sebagai driver), keadaan jambatan tidak sesak seperti dulu kerana lane telah ditambah dari 2 menjadi 3(jambatan dilebarkan lagi). Dah lama tak datang Penang(bhgn pulau ye kawan2..) sebab saya bukan orang pulau. Orang selalu salah anggap, kalau saya sebut saya orang Penang ja mesti mereka ingat saya tinggal di sebelah pulau. Begitu jugak la kalau saya kata saya orang Penang, mesti mereka sangka saya anak mami. Padahal muka Melayu pior nih.. Hmm..mungkin mereka masih keliru tentang golong Mami Mamu nih..cuba search kat internet. Hehee...



Yati bersama putera kesayangannya, Muhammad Aidil Muzaffar..lahir pada pertengahan Ramadhan lepas.

Korban

Assalamualaikum...

Aidiladha telahpun berlalu. Namun, daging korban masih byk lagi kat dalam peti ais tu. Jenuh la hari2 nak makan daging. Mesti la nak masak ikan jugak kan.

Alhamdulillah..kalau aidiladha tahun lepas disambut tanpa mak dan ayah (terlepas kuah kacang mak yang best tu...huhuhu...)kerana menunaikan fardhu haji di Mekah, tahun ni kembali menyambut bersama2 mak ayah tersayang.

Tahun ni mak ayah buat korban bersama orang2 kampung. 3 ekor lembu dikorbankan pada hari pertama AidilAdha. Masing2 disembelih di kawasan yang berasingan dan salah seekor daripada lembu tersebut disembelih di hadapan rumah saya.
Lembu yang telah selamat dikorbankan pada AidilAdha lepas. Baik punya posing..
Lokasi: Depan rumah saya

Makhluk comel ini tak ada kena mengena dengan ibadah korban. Hanyalah seekor anak kucing yang menetap di belakang rumah saya

Laut Terbelah??

Sunday, November 15, 2009


Masya Allah!

Suatu kejadian alam yang sama sekali tidak ada kaitannya dengan kisah
Mozes (Musa), the Ten Commandments dalam buku Exodus-Holy Bible.
Hanya,..... kira-kira mirip.



Ini adalah fenomena alam yang paling mengagumkan di Korea Selatan yang
dinamai "Moses Miracle", dua kali setahun terjadi air surut, terbuka
suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang
menghubungkan pulau Jindo dan Modo selama beberapa jam.



Suatu festival diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri
orang-orang dari segala penjuru dunia ini. Bagaimanapun kejadian alam
ini belum begitu diketahui sampai tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi
duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung kemari dan
mempublikasikannya di surat kabar Perancis.

Walimatul Urus..

Friday, November 13, 2009
Assalamualaikum...



Haa..kalau dilihat pada gambar di atas, tu baru sebahagian jemputan Walimatul Urus kawan2 untuk bulan 11 & 12 ni. Ada lagi kad yang masih dalam perjalanan / masih di pejabat pos. Maklumlah dekat2 cuti sekolah ni kan..
Alhamdulillah..ramai rakan2 yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia ke akhir hayat.
Insyaallah...kalau berkesempatan, saya akan memenuhi undangan kalian. Tapi nampaknya semua jemputan kenduri diadakan pada hari Ahad.
Memandangkan saya bekerja pada hari Ahad (kerja di Kedah), maka saya ingin memohon maaf terlebih dahulu kalau saya tak dapat memenuhi undangan kalian. Maaf sangat2... Tetapi andai berkesempatan, saya akan cuba datang juga..insyaallah..

DrIvE + hUjAn

Thursday, November 12, 2009
Assalamualaikum...

Tatkala saya menaip entry blog ni, di luar sana hujan masih lebat mencurah2. Maklumlah sekarang ni kan musim tengkujuh. Sehinggakan negeri2 di Pantai Timur sudah mulai banjir. Alhamdulillah, negeri tumpah darah saya dan negeri tempat saya mencari rezeki masih selamat setakat ini..

Hari ini, Khamis 12 November sekali lagi saya pulang ke negeri kelahiran, Penang (macam jauh benor ngan Kedah tu..) Lepas tamat kerja pada pukul 4.30 petang, solat Asar dulu kemudian baru drive ke Penang. Hujan lebat menemani saya sepanjang perjalanan. Kejap lebat, kejap renyai2... Perjalanan tetap diteruskan dengan berhati2..

Tetapi, apabila hampir dengan persimpangan Bertam, saya nyaris terlanggar van di depan sebab sedikit terleka, tak sedar yang van di depan sedang brek. Nasib baik sempat brek. Itu pun sikit je lagi nak tercium bontot van tu.. Sampaikan co-driver van tu menjenguk ke belakang melalui tingkap. Pastu tersengih plak.. Apa la yang dia fikir...lantak dia la. Tak terlanggar bontot van dia tu pun dah besar rahmat..

Perjalanan diteruskan dgn lebih berhati2. Dah la baru ja patahkan plate depan kereta. Akibat kecuaian jugak. Dan turut menjadi mangsa ialah plate belakang motor Kak Liza, housemate saya. Sori akak..nanti saya gantirugi ek..huhuhu... Saya ni bukannya boleh bab langgar2 ni, boleh jadi fobia ni.. Tabah...Tabah... Jangan patah semangat...

Dan hujan masih lagi lebat di luar.. Mata pun dah mengantuk. So, apa lagi time2 hujan ni..tido aa.. gud nite.. Wassalam..

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Tuesday, November 10, 2009
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Relax Ur Mind

 

Browse